Saturday, July 6, 2013

tanpa tajuk..


hebat kan..dlm seminggu bahkan sehari..
kau boleh bahagia dan esok nye kau boleh menangis ..
menangis tak berair mata..
ye..perasaan pun same gak..mmg boleh berubah..
kau harus percaya..
kau tak bermimpi..cube cubit pipi..
sakit kn?haaa...semua nya REALITI..
aku tau kau tak percaya sbb kau org yg pernah janji bahagia..
dan hidup bersama boleh ungkap semua tu..
sakit tak? lebih sakit kan bile dia tinggal kau dulu?
yee..mmg terlalu sakit sampai kau tak mampu berkata2..
tapi,redha lah dgn takdir Dia..
senyum lah walau sebenar hati kau luluh..
ketawa lah walau sebenar kau ingin meraung..
simpan rasa suci itu insan selayak nya..
pemilik tulang rusuk kau..
Allah dah tentukan tapi kau perlu tunggu dan sabar..
kalaupun saat ni kau derita..
bertahanlahh..kau kena,dulu kau pernah bahagia ats kesakitan org lain..
walau bukan kemahuan kau..
kau pernah meniti malam bersama yg tersayang..
tapi dia mungkin menangis setiap kali terlena..
dan sekarang giliran kau..
bukan ke Allah maha adil..
terima lah dengan redha...

sejujurnya..mmg kau payah untuk lupakan setiap kelukaan yg mereka bagi kn?
memang..tapi bukan kah kemaafan dendam yg terindah?
maafkan lah walau dimata mereka kau lah yg dipersalahkan..
hari ni kau derita tapi Allah janji kebahagiaan utk kau.
Dia nk dengar kau merintih dan meminta pada Nya..
sbb kau makin jauhh..Dia sayang hamba Nya..
dan kerana itu Dia masih menguji kau..
biarkan lah mereka bahagia.
walau mereka dulu yg hadir dlm hdp kau.
bagi harapan bagai..
dan akhirnya tetap mereka yg berpaling
kau dah kuat kan?
anak mak...tabahlahhh..
kau tahu,mak lah yg paling terluka bila melihat kesedihan di wajah anak dia..
dan kerana itu mak pilih untuk melarang..
dan hanya bersuara hari ini..
saat dia yakin kau dah mampu tenang..
terima segala kenyataan..
ayahh..dalam diam nya bukan dia tak ambil tau..
dia marah kerana dia tak pernah melukai hati anak nya sendiri..
sedangkan org lain..sewenang2 permainkan kau..
ayahhh..

cukup sudah kau coretkan cerita kelukaan..
yg merubah setiap sudut kehidupan..
setiap kata2 terakhir yg kau terima..
simpan teguh dalam hati.
agar kau terus dapat kekuatan..
menepis semua kesakitan..
H...walau disaat itu kau campak aku tanpa sedikit belas...
aku relakannn..moga kau bertemu bahagia yg kau cari..
utk kau dan insan yang terpenting dalam hdp kau..
walau kau mencalarkan sekeping hati ini..
masih aku simpan rasa kasih..
terima kasih atas segala yg diberikan..
kenangan dan pengalaman..
yg mengajar aku erti kehidupan..

yg mengajar aku erti penyesalan..

3 comments:

  1. Jangan kau pandang bibir yang manis
    kerana dia bisa menghancurkan
    jangan kau pandang wajah yang indah
    kerana dia bisa meracunmu
    (chorus)
    dengarlah hai teman
    dengarkan bersama
    aku menulis bukan kerna nama
    kerna sifat kasih
    pada sesama insan
    dan menyatakan kasih sayangmu
    kita sama semuanya sama
    apa yang ada hanyalah kehidupan
    Jangan kau dengar puisi dusta
    kerana dia bisa merosakkan jiwamu
    dengarkanlah puisi di pusaka
    yang telah turun temurun hari ini
    Jangan kau alas hatimu itu
    dengan secebis warna kehitaman
    dialah seperti anai-anai
    lambat laun hancurlah dirimu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarlah hai teman

      Dengarkan bersama
      Aku menulis bukan kerana nama
      Kerana sifat kasih
      Pada sesama insan
      Dan menyatakan kasih sayangku
      Kita sama semuanya sama
      Apa yang ada hanyalah kehidupan

      Ini hanya satu kehidupan
      Hanyalah satu kehidupan

      Jangan kau alas hatimu itu
      Dengan secebis warna kehitaman
      Dialah seperti anai-anai
      Lambat-laun hancurlah dirimu

      Dengarlah hai teman
      Dengarkan bersama
      Aku menulis bukan kerana nama
      Kerana sifat kasih
      Pada sesama insan
      Dan menyatakan kasih sayangku
      Kita sama semuanya sama
      Apa yang ada hanyalah kehidupan

      *thx anonymous

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete