Thursday, February 28, 2013

PERAMPAS~~




aku cuma nak taip yang aku bukan perampas. BUKAN. kalau kau nak 'kawan' kau balik, menangilah hati dia. bukan cari salah dia. aku tak kisah. kalau kau yang dia pilih. ikutlah. aku tak nak terus bermasam muka. dan aku tak nak kau rasa kehilangan. let me be dissapear. insyaALLAH, aku boleh bangun sendiri.aku ada hidup aku sendiri.. :)


P/S --> belum cukup DESPERATE utk ambik hak kau...as long as 'dia' bukan laki kau, xkan ada istilah PERAMPAS...


dendam..





Pada saat begini, masa yang aku rasakan sunyi ini, aku sering isikan dgn kenangan dulu yang pernah menerjah jiwa dan minda aku. Ia sering kali tak pernah pergi walaupun aku puas menghalau nya, ia datang saat aku bersendiri,biarlah dia datang menemani aku, mungkin dari perspektif negatif ia jahat, tapi biarlah aku putarkan untuk ke arah positif pula, ia sudah cukup baik dan berguna sebagai panduan jalan selamat menuju perjalanan berliku yang bakal aku hadapi nanti, itu pasti aku akan ingat dan akan kuat ku semat dalam jiwa dan mindaku.

setiap yang datang mungkin kita rasakan itu bebanan, tapi jika kita selongkarkan, kita pasti terjumpa hikmah disebaliknya..Seringkali aku cuba menipu hati ini untuk terus bahagia dan tertawa sendiri, melangkah dengan penuh semangat untuk terus hidup di bumi Allah ini, cuba sedaya upaya lari dari masalah yang terus membelenggu saban hari.

Pada saat aku memerlukan, ia terus hilang, aku terus fahami dan selami lautan hati aku, mungkin ia lari dari cinta ciptaan dia sendiri, biarlah aku berenang sendiri sampai ke tempat yg aku mahu.sendiri.., walaupun bukan tempat kebahagian mungkin tempat kejayaan suatu hari nanti siapa tahu...

"...meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan, tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain, kerana kemaafan itu adakalanya bukanlah pengubat... HATI YANG TERLUKA TETAP TERLUKA..."

coretan 12.57 am...salam sayang..




Wednesday, February 27, 2013

aku bukan pilihanmu..






kadang-kadang...hidup ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh setahun..dua tahun..sejam..dua jam atau seminit dua minit...apa yang ada di depan mata...apa yang tiada di depan mata itu semua adalah kenyataan yang hendak atau tidak hendak perlu dihadapi...

wahai hati..
tolong bawa perasaan ini jauh dari apa yang aku impi..
tolong bawa ia jauh dari rasa yang ada..
walau sakit...jiwa ini tetap aku pelihara lukanya...
walau sakit..aku ubati luka ini...

jarak bukan penentu hakikat rasa kasih sayang ini lentur atau hilang..
jarak mengajar aku erti keperluan dan diperlukan...
jarak membuatkan aku senyum..
jarak juga membuatkan aku menangis..

maaflah..ku coretkan sedikit banyak apa yang aku rasa..
kerana ini cara aku..
aku hanya mahu melayan jiwaku..
aku hanya mahu melayan hatiku...
aku hanya mahu menceritakan tentang kisah aku...

dirimu adalah suatu kisah yang ada dalam sejarah kisah-kisahku...
aku cuba melupakan..aku berusaha melupakan....aku akan melupakan...
pilihan ada padaku...aku terpaksa..kerana,aku yakin..bukan aku yang kau pilih..

bahagialah....
bergembiralah.....
dengannya..

tak perlu aku panjangkan ucapan doa ini secara zahirnya....
aku akan sentiasa mendoakan pilihan mu..kerana ianya adalah pilihanmu...bukan atas dasar keterpaksaan..
kau bukan untuk aku dan milik dia!.

apabila menilai dan berbicara soal hati..banyak sangat benda yang bergegar dalam kepala...terlalu banyak yang memberi kesan...sama ada rasa tercengkam....perit dan pedih..atau rasa sayu...atau tiada rasa apa-apa...
entahlah..sukar untuk memahami apa yang aku rasa....tidak faham atau tidak mahu faham...pilihan...

kalau diberi pilihan...aku tidak tau yang mana satu akan menjadi pilihan...kerana antara hidup...pelbagai rasa Allah berikan..untuk terus menjadi manusia..akal dan hati..
ini semua berlaku..bila tetiba..perasaan teringat...atau rindukah?bertamu di kalbu...

biarkanlah masa dan usaha ni membuktikan tekadku...aku belajar dan sedang belajar melupakan..........

coretan 5.02 pm..salam sayang..

RASA ITU..



Hening malam yang sepi buat aku rindukan dia. Walau bermacam yang terjadi, walau berjuta kali berbalah, walau seringkali aku kalah. Tapi hati aku masih rindu. Hati aku masih sayang. Entah kenapa, setelah berminggu aku cuba cekalkan hati aku untuk kuat, untuk lupa semua kenangan dengan dia. Tiba tiba hati aku teringat. Hati aku rindu. Ya Allah. Kenapa cubaan begini kau turunkan untuk aku Ya Allah.

Aku rindu Ya Allah. Kau sampaikanlah pesan rindu aku ini kepadanya Ya Allah. Semuanya sudah terlambat untuk aku menghargai dan ucapkan terima kasih, kerana kini dia telah pergi. Pergi jauh dari diri ini. Pergi jauh meninggalkan aku, dan diri ini sudah pun dibenci.

Ya Allah, tuluskan tangisanku malam ini. Setelah sekian lama airmata ini aku pendam. Akhirnya ia gugur jua. Setelah sekian lama aku berlagak kuat didepan orang ramai, akhirnya ia mengalir jua tika aku sendiri..

Ya Allah.. Hanya satu aku mohon padamu Ya Allah, kau kuatkan lah hatiku untuk menanggung rindu ini Ya Allah. Kau kuatkan lah juga hatinya untuk mengharungi pahit perit hidupnya yang aku sendiri tidak pasti Ya Allah. Padamu kini tempat aku mengadu. Ya Allah, andai dia jodohku, kau rapatkanlah kami kembali. Tapi andai dia bukan milikku, kau satukanlah kami sebagai seorang sahabat tanpa rasa dengki dan iri dihati Ya Allah.

Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya Ya Allah, kau jauhkanlah perasaan bencinya padaku. Kau jauhkan lah dari mindanya untuk menjadikan aku musuhnya Ya Allah. Ya Allah, andai aku pergi dulu, kau jagalah hambamu itu didalam naunganmu Ya Allah. Kau berikanlah dia jalan dan rahmat yang kau redhai Ya Allah. Sesungguhnya tiada apa yang lebih ku pinta padamu melainkan untuk sentiasa menjaganya untuk aku..


"Kepada si dia yg aku rindu..
Saat kita bersama tidaklah lama..
Saat kita berbicara hanyalah sedetik cuma..
Tapi kini aku merinduimu..
Suaramu..
Rupamu..
Doakan semoga 'persahabatan' kita terhenti diuji..."


coretan 1.45 am..salam sayang..

Tuesday, February 26, 2013

MUNGKINKAH??


Kembali bersama selepas berpisah??

jawapannya mudah..TERPULANG..
pendapat org kadang2 boleh diminta.tapi yg melaluinya adalah kita sendiri..mereka hanya boleh memberi pandangan tetapi tidak sesekali akan mengerti situasi bagaimana perpisahan yg pernah berlaku.bagaimana kasih yg dikatakan dibina atas dasar cinta, kasih sayang dan segala benda yg dikatakan manis seperti gula boleh putus begitu sahaja hanya dengan 1 salah faham yg mudah untuk diselesaikan sebenarnya..

setiap orang melakukan kesilapan..
setiap orang melakukan kesalahan..
setiap orang melakukan kecuaian..
bergantung kepada sesiapa yg punya kekuatan untuk memaafkannya..

Awak..
Adakah awak tahu apa kesannya andai kita kembali bersama?
Adakah kasih sayang akan kembali bertaut mesra?
Adakah cinta itu masih cinta yang sama?
Adakah masih boleh bersatu dan melupakan kisah lama?

Awak..
Adakah dengan kembali kita mampu gembira?
Adakah dengan kembali kita mampu menikmati bahagia?
Adakah dengan kembali kita akan hidup bahagia?

Atau?
Mungkin kembali bersama derita?
Kembali bersama dan mengusung sengsara?
Kembali bersama dan sentiasa berduka?
Kembali bersama dan dihantui kisah silam penuh celaka?
Kembali bersama dan air mata itu teman setia?

Awak..
Tidak mustahil untuk kembali bersama..
Setiap orang mampu untuk bahagia..
Setiap orang ada hak untuk lebih gembira...
Setiap orang boleh melupakan kisah lama..
Setiap orang punyai kisah hidup ceria..

Awak..
Andai masih punya rasa cinta....Silakan..
Andai masih punya kasih sayang....Tautkan..
Andai masih punya rasa saling memerlukan...Teruskan..
Andai masih punya rasa lebih dari kawan....Jalinkan..

Awak..
Tapi ada amaran..
Kalau mahu kembali untuk membalas dendam...Lupakan..
Kalau mahu kembali untuk membayar segala kesakitan..Hindarkan..
Kalau mahu kembali untuk memusnahkan..Jauhkan..
Kalau mahu kembali untuk kejahatan..Tinggalkan..

Awak..
Hidup kita,kita punya pilihan..
Hidup kita,kita tentukan..
Fikirkan...
Apa yg kita mahukan...

coretan 6.34 am..salam sayang..


Monday, February 25, 2013

PELUANG??wujudkah...



Bila kita pertaruhkan hidup kita pada jalan yg salah, kesakitan yang bakal kita terima amatlah menyakitkan..Hidup hanya sekali..itu yang sering dikatakan.jadi??adakah dgn melakukan kesilapan, kita tidak mahu bangkit untuk kembali bernyawa?


CINTA...
Sebenarnya ia satu perasaan istimewa yg rasanya sama seperti dadah..
Dalam kuantiti yg kecil, ia tidak memberikan sebarang erti..
Dalam kuantiti sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan sepertimana ubat..
Tetapi, dalam kuantiti yg terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan..
Itu yg aku rasa, berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri,,apa yg telah aku lalui..
Ketagihan??ya,pasti!!sama seperti rindu..itu yg sedang aku alami..

Banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya itu semua tidak harus berlaku..Pengalaman aku..manusia memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai diri sehingga hilang pertimbangan..dalam satu keadaan, ketika nafsu marah memuncak, ketika EGO disanjung tinggi, emosi merajai hingga sendiri lupa diri...kesannya?? Bila tersedar dan tersentak, baru akan menyesal sendiri.

Mengapa dibiarkan sesuatu yg indah itu lenyap begitu sahaja akibat kelalaian sendiri??? Ah! aku tertekan..

Bila sebuah hati sudah rosak, ia akan menjadi keras, tertutup dan dingin..dan sekarang, ia memerlukan usaha yg kuat untuk dibuka kembali dan menjadi panas semula..Tapi andai pernah diberi peluang dan pernah kembali dikhianati , mungkinkah masih wujud peluang itu?? Untuk KAU?? mungkin ada..kerana...aku masih sayang...

coretan 1.57 am..salam sayang..

Sunday, February 24, 2013

BISIK HATI...





Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanpa aku sedari hidup aku umpama angin lalu, betapa asyik tatkala udaranya meniup dan berlalu, bila terhenti bahang panas kembali dan hati sentiasa mengharap udara yang nyaman itu kembali..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa sangat tenang. Suka, tawa, girang dan riang. Kehidupan yang sederhana tanpa ada secoret arang serta duri yang cuba menjadi penghalang. Mungkin aku telah berjaya membuang segala duka yang pernah membuat hati ini terluka. Tanpa sebarang cinta yang selalu membuat jiwa aku merana, aku tukar segala perkara, hidup aku sekarang sentiasa bahagia bersama sahabat-sahabat yang lebih menghulurkan rasa sayang dan cinta tanpa sebarang ragu dan syak wasangka...Itulah sebaik-baik peneman..

Aku rasa ruang di hati ini tertutup buat seketika, memberi masa untuk ia bersih semula, agar di lain ketika, ia lebih bersedia untuk memberi dan menerima segala cinta yang penuh dengan suka juga sarat dengan luka dan sengsara serta derita. Aku percaya, aku hanya perlu menanti saatnya untuk hati ini menerima keunggulan cinta yang bebas dari air mata luka, sengsara dan kecewa kerana dalam hati ini masih ada cinta yang perlu dikongsi buat si dia yang memerlukannya…..

Keluarga,sahabat dan teman… Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dalam meneruskan kehidupan… Anda sememangnya sumber kekuatan aku selama ini…

"Jika kita jatuh hari ini,bangunlah..
Jangan pernah dikesalkan..
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok..
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya..
In Shaa Allah.."


Coretan 4.55 am...salam sayang..



Friday, February 22, 2013

kuatkah aku??





Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain. Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain. Ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu..

Tapi sejujurnya, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang. Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang, ketika diri masih memerlukan..
Peristiwa itu membuat aku mencari kawan. Kawan untuk berbicara. berteman..Segalanya kuluahkan, kuceritakan. Atas dasar kepercayaan. Dia memahami, dia mengerti..tapi disalah erti. Aku redha.
Pertanyaannya.."aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay. Kau tak sayang dia ke?"

Siapa cakap aku tak sedih?

Siapa cakap aku tak rebah?

Siapa cakap aku tak derita?

Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan dan perasaan aku pada masa itu kecuali Allah..mungkin aku dapat kekuatan kerana ini bukan kali pertama aku diperlakukan seperti ini..Kali pertama,aku lebih tersiksa,lebih menderita..
Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu?Jawapan aku mudah. Bertaubat. Kembali padaNya..Cari apa yg telah kau tinggalkan, apa yang telah kau abaikan..

Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku. Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.
Kuasa Allah hebat. Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu. Aku kembali mendapat ketenangan pada minggu kedua selepas peristiwa itu. Tidur malam ku kembali tenang. Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit...Tetapi,aku manusia biasa..Hati ini terkadang sangat merindui..dan dengan itu, aku mencari kekuatan untuk menghapus segala rasa itu.

Apa yang aku amalkan? Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat..

1)      Memaafkan seseorang.

Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku. Semua kesalahan diletakkan di bahuku. Aku redha. Aku telah memaafkan dia. Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya. Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah.. aku percaya hukum Allah. Apa yang aku lakukan setiap malam sebelum tidur? "mohd H,maafkan aku dan aku maafkan kau.."..Alhamdulillah,benar apa yg dikata,tidurku tenang..bangunku tanpa keresahan..syukur..

2)      Bermuhasabah diri

Walaupun aku sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah aku, tak apa.. Biarkan apa kata dia. Aku bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk aku. Aku cuba perbaiki diri  aku sendiri. Aku buang sedikit demi sedikit sikap buruk aku. Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami aku nanti. Insyallah..

3)      Berprasangka baik

Saat aku ditinggalkan, pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik. Tanamkan dalam hati sendiri "ada hikmah disebalik semua ini". Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.

Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan. Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takut dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.

Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..

Salam Sayang...

Wednesday, February 20, 2013

aku WANITA,dan hatiku tetap hati WANITA...


Salam sahabat,

Aku tidaklah sehebat dalam beragama. Tetapi alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku menilai dan mengambil iktibar dari semua perjalanan hidup yang aku tempuh. Aku mengenal erti cinta. Tapi yang silapnya cinta itu terlalu taksub kepada manusia bukan kepada penciptaNya. Memang betul aku sudah gagal dalam percintaan.SEKALI LAGI..
Percubaan pertama? serik?mungkin tidak. Dan kemudian sekali aku bercinta dengan 'sang mantan' yang aku rasakan dia agak sempurna. Mungkin kerana terlalu cinta perasaan itu bertukar kepada ingin memiliki. Entah bagaimana di penghujung jalan cerita kami, putus tanpa alasan meninggalkan aku seorang diri mencari ape kesalahan yang mungkin aku belum perbaiki.

Aku sedih dan meratapi. Sesingkat perpisahan,aku yakin 'sang mantan' itu bersama dengan orang lain. Aku pelik, aku marah, aku sedih. Dalam pada itu aku bersyukur padamu Ya Rabbi. Aku muhasabah diri. Aku berterima kasih pada 'sang mantan' itu seikhlas hati.

Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih lalai berdiri di muka bumi ini.
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih membongkak diri dgn pencipta.
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Yang pasti aku tidak kenal cinta Ilahi seperti hari ini.
Semuanya aku berterima kasih kepada engkau. Apa yang selalu terjadi aku selalu mendoakan engkau betul-betul mendapat apa yang engkau hajati.

Doakan lah aku betul-betul berada di samping Ya Rahman nanti. Aku masih mencari jalan untuk perubahan diri. Bantulah aku sahabat sekalian.
Bangkitlah wahai pembenci cinta dan menyalahkan cinta. Cinta itu ada. Tetapi sebelum kita mencari cinta kepada manusia carilah cinta kepada Pencipta agar tidak mudah kecewa.
“Kalau aku merasakan engkau adalah cukup sempurna. Maka aku telah salah menilai kesempurnaan itu”
“ Kalau aku jatuh bukan bermakna aku kalah tetapi mungkin kerana aku salah. Kalau aku salah bukan bermakna aku menyerah tetapi mungkin kerana aku perlu muhasabah”

Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Aamiinn..

kerinduan itu...


Ya Rabb..,
dikeheningan pagi ini..
di hati terdetik rindu tiada terperi..
ingin kuhindari namun ia makin menghampiri..
aku berdiam tanpa bicara..
cinta bergolak di dalam jiwa..
di manakah dia…bagaimanakah dia..
menanti dirinya yang belum kunjung tiba..,.
pena menari tiada henti..
aku menanti dan terus menanti..
di manakah cinta yang engkau redhai/..
ingin kumiliki…ingin ku genggami...
ya Rahman..
jauhilah aku dari dia yang yang takkan pernah kumiliki..
hilangkanlah cinta buat dirinya yang namanya tidak tertulis buat diri ini..
kuncilah pintu hati ini andai dia yang dinanti belum aku jumpai..
kerana inginku persembahkan rindu ini buat dia yang halal kudampingi..
.
.
.
.

awak…
peritnya menahan sebuah rasa ini..
ku biarkan airmata terus menemani..
demi menjaga sekeping hati yang akan engkau miliki..
awak…
semoga Dia sentiasa melindungi..
aku dan dirimu di perhentian ini..
bersabarlah andai hati belum bersedia..
kerna kelak pasti hadirnya bahagia….
ya Allah…
peliharalah hatinya untukku…
sebagaimana aku berusaha memelihara hatiku untuknya…
peliharalah pandangan matanya untukku…
sebagaimana aku berusaha memelihara pandangan mataku untuknya…
peliharalah pergaulannya untukku…
sebagaimana aku berusaha memelihara pergaulanku untuknya…
sesungguhnya
aku benar2 merindui...
sampai salam rindu ini untuknya ya Rabb..

Tuesday, February 19, 2013

warkah buat SANG MANTAN~~


Assalamualaikum..
Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah..=)

Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.

Sang Mantan,
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.

Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai?? Pernah tak?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha. Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?mungkinkah aku tidak merasa derita lagi?

Sang Mantan,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.Aku lupa pesanan mereka..mereka yg menanggung dosaku..

Sang Mantan,
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.

sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia cinta. Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.

Untuk menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah.ketakutan yg tidak pernah aku rasakan ketika bersamamu dulu..

sang Mantan..
Maafkan segala kesilapanku selama kita pernah bersama..andai kita masih boleh bersahabat,doakan yg terbaik untukku..cukuplah hingga saat ini aku berterima kasih atas pengalaman yang telah kau berikan..pengalaman yg boleh mengajar aku untuk menilai mana kaca dan mana permata..cukup kenangan kita,aku abadikan disini..maafkan juga segala ketelanjuran kataku..di saat ini,dengan rasa rendah dirinya,seikhlas hati,aku maafkan segala salah silapmu..aku halalkan segala yg telah aku beri padamu..anggaplah itu sebagai saham akhirat bagi menebus segala dosaku..

 Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka...

Ya Allah...tutupkan lah pintu hatiku untuk MOHAMAD HAIKAL andai dia bukan yg terbaik untukku...berikanlah kami ganti yg lebih baik andai tiada jodoh antara kami.Kau tetapkanlah sebaik2 jodoh untuk kami.yg mampu membimbing dan ingin dibimbing..lembutkan hati kami untuk saling memaafkan..hapuskan dendam antara kami..bimbing kami kejalanMu..Aamiinn...=)



KIFARAH HAMBA..


15 JANUARY 2013..tarikh yg mungkin akan ku abadikan selagi mampu.berakhirnya derita ini..
Aku insan yang terkifarah kerana cinta hamba. Tidak sekali aku sesali apa yang terjadi ke atas diriku ini. Semua ini sudah ketentuanNya. Semua ini telah diatur untuk ku, hamba Mu yang tersasar langkah dalam mengalur cinta yang berkiblatkan nafsu. Tidak sekali aku meletakkan salah dan silap ini di atas sang mantan. Terima kasih kepada sang mantan kerana meletakkan noktah pada hubungan yang terlarang ini kerana diri ini tiada daya untuk melakukan sedemikian.

Diri ini sedang mabuk dilambung ombak nafsu. Walaupun tiada kepastian atas dasar apa hubungan ini terhenti. Bukan itu yang mahu ku cari. Bukan jawapan itu yang ingin ku cari. Aku mencari hikmah disebalik kifarah Allah ini. Biarlah diri ini sahaja yang merasa akan kifarah ini kerana mantan mungkin belum tiba masanya. Aku telah melakukan sedaya untuk menyedarkan mantan.

Dulu aku merasa nikmatnya dunia. Aku merasa nikmatnya cinta hamba. Bagaikan lautan nikmat yang terbentang luas. Saat bersama ku rasakan bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kita. Saat cinta dan hati kita bertaut ku rasakan kita akan kecapi bahagia selamanya. Ku korbankan segala untuk kecapinya. Ku abaikan segala untuk mengejarnya.

Lalu bila ketentuan Allah itu datang untuk menyuluh hati hamba-hambaNya istana khayalan hanya kekal sebagai sebuah istana khayalan malahan runtuh menimpa tuan. Jangan diratapi kemusnahan impian. Ratapilah keruntuhan iman. Jangan disalahkan mantan kerana mantan hanya raja yang bersemayam. Raja yang sepatutnya memimpin dan membina istana di atas lapangan keredhaan Allah. Raja yang sepatutnya memimpin membina istana dari tiang iman yang teguh.


"Aku redha dengan kifarah Mu ini. Biarlah kifarah ini menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti."