Friday, February 22, 2013

kuatkah aku??





Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain. Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain. Ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu..

Tapi sejujurnya, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang. Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang, ketika diri masih memerlukan..
Peristiwa itu membuat aku mencari kawan. Kawan untuk berbicara. berteman..Segalanya kuluahkan, kuceritakan. Atas dasar kepercayaan. Dia memahami, dia mengerti..tapi disalah erti. Aku redha.
Pertanyaannya.."aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay. Kau tak sayang dia ke?"

Siapa cakap aku tak sedih?

Siapa cakap aku tak rebah?

Siapa cakap aku tak derita?

Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan dan perasaan aku pada masa itu kecuali Allah..mungkin aku dapat kekuatan kerana ini bukan kali pertama aku diperlakukan seperti ini..Kali pertama,aku lebih tersiksa,lebih menderita..
Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu?Jawapan aku mudah. Bertaubat. Kembali padaNya..Cari apa yg telah kau tinggalkan, apa yang telah kau abaikan..

Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku. Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.
Kuasa Allah hebat. Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu. Aku kembali mendapat ketenangan pada minggu kedua selepas peristiwa itu. Tidur malam ku kembali tenang. Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit...Tetapi,aku manusia biasa..Hati ini terkadang sangat merindui..dan dengan itu, aku mencari kekuatan untuk menghapus segala rasa itu.

Apa yang aku amalkan? Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat..

1)      Memaafkan seseorang.

Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku. Semua kesalahan diletakkan di bahuku. Aku redha. Aku telah memaafkan dia. Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya. Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah.. aku percaya hukum Allah. Apa yang aku lakukan setiap malam sebelum tidur? "mohd H,maafkan aku dan aku maafkan kau.."..Alhamdulillah,benar apa yg dikata,tidurku tenang..bangunku tanpa keresahan..syukur..

2)      Bermuhasabah diri

Walaupun aku sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah aku, tak apa.. Biarkan apa kata dia. Aku bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk aku. Aku cuba perbaiki diri  aku sendiri. Aku buang sedikit demi sedikit sikap buruk aku. Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami aku nanti. Insyallah..

3)      Berprasangka baik

Saat aku ditinggalkan, pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik. Tanamkan dalam hati sendiri "ada hikmah disebalik semua ini". Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.

Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan. Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takut dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.

Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..

Salam Sayang...

No comments:

Post a Comment