Saturday, October 19, 2013

terima kasih sayang...

untuk kali keberapa kali...
entah lah..
aku ditinggalkan lagi..
tak tahu kenapa..
jawapan hanya pada dia...
dua hari..
buat aku habis berfikir..
untuk apa aku meratap..
untuk apa aku mengharap..
bukan baru sekali..
berkali2 aku lalui perkara yg sama..
xmustahil juga untuk kali ini..
biarlah..
aku cuba bangun..
untuk kembali positif..
mungkin ada hikmah kenapa dia tinggalkan aku..
mungkin kerana dosa2 laluku..
atau mungkin Tuhan sedang aturkan yg lebih baik untukku..
teringat balik pesan2 lama..
mungkin kerana lupa dgn apa yg mereka2 katakan..
aku dihukum begini..
kata seorang teman..
kalau sekali dia boleh buat..
berkali2 pon dia boleh buat..
biarlah..
walau sakit..
walau perit..
aku terima..
buatlah semahu kau..
kalau bukan aku yg membalas...
akan ada yg lebih layak untuk menghukum..
benci bila teringat kata2 dusta kau..
berubah?
mana perubahan?
hari ni..
nekad..
hanya sampai waktu itu akan kutunggu..
andai tiada berita..
aku akur bahawa kau punya pilihan lain..
dan terima kasih kerana membenarkan apa yg aku andaikan..
aku hanya wujud bila dia jauh dari kau..
sehari hati ini gundah..
memikirkan..
dan akhirnya aku setuju dgn kata hati..
kau datnang untuk sesuatu..
ya..
jujur aku serik..
terima kasih..
dan biarkan aku dgn dendam..

Thursday, October 17, 2013

sekali lagi..

tak tahu mcm mana nak mula..
tapi hati ni mcm disiat2..
luka lama baru mula hendak sembuh..
secara tiba2 pedih bagai dikoyak semula..
rabak..
kerana siapa?
ya..
dia..

pada aku..
mungkin kami tidak boleh menjanjikan pertemuan..
kerana dgn adanya pertemuan..
disitulah akan wujudnya sengketa..
sumpahan apa ini?
acap kali..
seringkali bila berlakunya pertemuan..
inilah yg akan kami lalui...

'kebahagiaan..
hak milik setiap insan'
yaa..
aku tersentuh aku terasa..
kerana aku sedar..
bahagia kau bukan dgn aku..
senyum kau tak pernah kekal bila dgn aku..
raut wajah kau..
tindak tanduk kau..
jelas menunjukkan kau terpaksa bila dgn aku..

apa dosa aku..
dimana salah aku..
apa lg kau mahu..
apa lg yg belum aku penuhi..
sakit..
bila kau tak pernah cuba fahami aku..
kenapa aku perlu lalui..
segala in sendiri..
belum cukup pengorbanan aku?

jika ini akhirnya...
jika ini penghujung kisahnya..
kenapa dulu kau kembali..
kembali dgn harapan..
walau kau lakukan tanpa sedar..
aku tetap seperti dulu..
wanita yg hatinya tak pernah berubah..

jika bahagia yg kau mahu..
kenapa tinggal bahagia dulu?
kenapa kembali andai kau tahu hanya derita yg ada denganku?
apa belum puas?
apa belum cukup kau mainkan aku?
silap aku..
bila sudah melibatkan keluarga..
apa patut tindakan aku selepas ini..
malu pada diri sendiri..




Saturday, October 5, 2013

terasa hati....

terasa hati?
selalu..
kadang2 rasa nak bg pelempang..
letak titik noktah..
dan tak nak mengharap lagi..
dan..
terakhir sekali..
katakan BYE!!

tapi..
mengapa masih mengharap perubahan..
dalam menjaga hati..
dia yg sering menyakitkan hati..
will try to do my very best..
menjaga hati dia yg belum tentu..
mampu untuk menjaga hati ini..

and really hope..
no more 'terasa hati'..

hati terasa..

sangat pedih..


*kau..
masih tak berubah..
datang dan pergi semahu hati..

Friday, October 4, 2013

aku berpuisi?

dua jiwa yg dah sebati..
mana mungkin  senang untuk dipisahkan..
dua jasad yg pernah bersama..
mana mungkin mudah untuk dileraikan..
dua janji yg pernah dipatri..
mana mungkin senang untuk dilupakan..
tapi segalanya mungkin..
andai..
hanya satu hati yg ikhlas menyayangi..
sedangkan..
satu hati mula mengkhianati..
juga mungkin..
jika hanya satu hati yg menanti..
sedangkan..
satu hati mencari jalan untuk berlari..


*kecewa bila impin tak terlaksana..
tukar rancangan~~

Tuesday, October 1, 2013

octoberr????

dah masuk oktober..
how september???
hmm..
tetap mengecewakan..
tapi tak sesakit jun dan july..
ape yg aku harap??
haruslah sesuatu yg menggembirakan..
menyenangkan..
boleh dapat ke?
hentah lahh..

semalam borak lame dgn mak..
mcm2 aku cerita..
mcm2 yg aku dapat..
aku ingt pesan mak..
apa2 pun terus bgtw mak..
segalanya aku cerita..
juga hal itu..
pesan mak aku..
positif!!
hah..
lain xde ke??
aku ni payah nk positif..
satu lg mak ckp..
dulu pandai2 amik risiko kawan balik buat apa??
skrg tanggung la risiko tu..
ye mak...
doa baik2 sudah la mak..
mak tolong doakan..
"kalau dia bukan jodoh ceq..
doakan dia jauh dari ceq cara yg baik.."
mak perli..
ouchhh!!
pedih...
"tak kan mak ja kena doa...
usaha sendiri jugak la..
buat istikharah"
makkk..
ceq belum cukup alim laa...
"hg ingat istikharah tu untuk org alim ja??
istikharah tu jalan yg Allah bagi..."
oke3..
menurut perintahh...

bila dah tenang..
dalam tepon pon aku boleh luah sumenye kt mak...
tp knp bila depan mak..
yg mampu aku buat...
menangis,teriak dan melalak serta yg seangkatan dgn nya...

untuk kau..
aku tak tau nk cakap ape lg..
penghujung 9 aku sgt2 tak baik..
aku harap kemunculan 10 penuh dgn senyuman..
tapi..
boleh ke aku dpt..
hanya dari kau..
sebab..
penentu mood aku baik atau tak hanya kerana kau..

aku nk kembali ke laman social..
tp aku takut...
takut nk hadap kenyataan..
takut melihat benda yg aku tak hingin..
segalanya takut..
ya!
aku memang penakut!!


bismillahirrahmanirrahimm...
bismika Allahumma Ahya Waamutt...
Aamiinn...