Tuesday, July 2, 2013

penghujung jalan..

Ya Allah..padaMu aku bersujud..padaMu aku meminta..padaMu jua aku memohon pertolongan..padaMu aku berserah diri...Ya Allah, ampunkan segala dosa2ku..ampunkan segala kelalaianku..ampunkan segala kesalahan dosaku yang berulang..aku hambaMu yg lemah..yang masih terkapai2 mencari diri..Ya Allah, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, tabahkan hatiku, sucikan hati dan jiwaku..tuntuni setiap langkahku..iringi setiap perjalananku..limpahkan kasih sayang dan rahmatMu untukku..

Ya Allah..Kau mengetahui setiap satu perkara yang berlaku terhadap diriku..andai apa yg aku lalui kini merupakan kafarah dari dosa2 silamku, aku redha Ya Allah...akan tetapi Kau berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi setiap satu dugaan ini sendiri..tiada sesiapa disisku selain drpdMu Ya Allah..sesungguhnya aku akur kini bahawa aku benar2 lemah dengan ujianMu Ya Allah..aku tidak mampu untuk bangkit sendiri Ya Allah..

Ya Allah, ampunkan segala dosa ketelanjuranku..ampunkan segala dosa maksiatku..pelihara diriku Ya Allah...aku juga hamba yg tidak pernah lari dari kesilapan..kembalikan aku kejalanMu Ya Allah..aku merayu hanya padaMu Ya Rabb, cukuplah ujian aku setakat ini..aku penat, aku letih Ya Rabb..hapuskanlah segala kesedihanku, hapuskanlah segala keresahanku...Kau gantikanlah ia dgn kegembiraan yg terbatas Ya Allah..

Ya Allah..hapuskan 'mohd haikal tukimin' dari hidupku..matikan dia dalam kenanganku..dgn kuasaMu Ya Allah, Kau hapuskan dia dari ingatan dan fikiranku..janganlah Kau izinkan walau sekali dia terlintas difikiranku..haramkan dia dari mimpi2ku..musnahkan dia dari hidupku..lenyapkan dia dari pandangan mataku..hapuskan segala kenangan aku dan dia..hancurkan segala impian aku dan dia..dgn kuasaMu Ya Allah, Kau berikanlah dia pengajaran dan hukuman yg selayaknya dan setimpal dengan apa yg telah dia lakukan kepadaku..sesungguhnya aku benar2 teraniaya Ya Rabb..pengorbanan aku dikhianati..dengannya aku lalai..bersamanya aku alpa..berdua dengannya aku melakukan dosa..ampunkan aku Ya Allah..kembalikan aku kejalanMu..

Ya Allah..beri aku kekuatan untuk memaafkannya..hapuskan segala dendam dihati ini terhadapnya..
beri aku kekuatan untuk menghalalkan segala apa yg telah aku berikan untuknya..lembutkan hatiku untuk sentiasa memaafkannya, sentiasa mendoakannya..ampunkan segala dosanya, permudahkan segala urusannya..beri dia kebahagiaan sebagaimana yg dia mahukan..bahagiakan dia dengan pilihan hatinya..satukan mereka dalam redhaMu..jauhkan mereka dari perkara terlarang..jadikan dia imam terbaik untuk bakal zaujahnya..luaskan pintu rezekinya..dan sedarkan dia dari kesilapan lamanya..

Ya Allah..hambaMu ini menangis lagi..hambaMu ini rebah terduduk kembali..saat terfikir tentang dirinya..Ya Allah..aku akur, aku mengaku..aku telah tersalah langkah ketika bersamanya..aku hanyut dengan kata2 dustanya..aku tersilap dalam menilainya..ampunkan segala dosa maksiat ketika kami bersama dahulu Ya Allah..aku akur kini bahawa dia bukan jodoh terbaik untukku..aku mohon padaMu Ya Allah..aturkanlah sebaik2 perancangan dalam kehidupan kami..

Ya Allah..bukan niatku untuk berdendam..bukan niat aku untuk meminta yg tidak sepatutnya..aku insan teraniaya Ya Allah..Kau peliharalah wanita2 yg berada disisi nya..jgn lah biarkan mereka merasa kesakitan yg pernah aku lalui bersamanya..aku yakin denganMu Ya Rabb..aku yakin dia akan berubah..aku yakin dia akan kembali kepada fitrahMu..percepatkan lah waktu itu..sedarkan dia Ya Allah..Ya Allah..hanya Kau yg mengetahui apa yg aku simpan jauh disudut hati ini..aku benar2 menyayanginya..aku ikhlas menerima segala kelebihan dan kekurangannya..akan tetapi aku jua akur dengan ketentuanMu..aku tahu dia bukan jodohku..Ya Allah...aku merayu,aku melutut, aku bersujud..kembalikan lah apa yg telah aku hilang..lengkapkanlah segala kekurangan diri ini..ampunkan dosaku atas kesilapan diriku sendiri..

Ya Rabb..tidak pernah terlintas dihati ini untuk menolak segala ketetapanMu..namun aku masih mampu berdoa..masih mampu meminta..walau aku tahu segala ini keterlaluan, aku tetap meminta..jadikanlah aku wanita yang tiada jodoh Ya Allah..aku sudah serik dengan insan bernama lelaki..cukuplah aku diberi peluang untuk membahagiakan kedua ibubapaku..cukuplah segala jasaku untuk kedua mereka..aku tidak mahu bersuami Ya Allah..aku tidak mahu menambah dosa bakal imamku seandainya bakal imamku juga seperti dia yg telah banyak menyakitiku..aku takut Ya Allah..kerana dia,aku tutup pintu hatiku untuk lelaki lain..aku takut sekiranya yg hadir selepas ini juga seperti dia..atau mungkin lebih teruk drpd dia..

aku mohon Ya Rabb..perkenankan segala permintaanku..aturkan sebaik2 perancangan untuk hidupku..jadikan aku hamba yg sentiasa bersyukur dgn setiap apa yg aku terima..jauhkan aku dari menjadi hamba yg kufur nikmatMu..jadikan aku hamba yg istiqamah dalam setiap perkara yg aku lakukan..tetapkan imanku..tingkatkan amalanku..Kau menghidupkan aku dalam agamaMu..dan sekiranya ingin Kau matikanku..maka matikanlah aku dalam agamaMu jua..Aamiin Ya Allah..Aamiin Ya Rahman..




*untuk kau,seandainya kau baca coretan ini...hanya satu aku pinta..aku hanya mahu cincin itu..pulangkanlah..walau dengan apa cara sekalipun...aku merayu...

No comments:

Post a Comment