Tuesday, December 31, 2013

Aku nak berubah!

Aku nak berubah..
Aku nak tinggal segala benda buruk..
Aku nak buka buku baru..
Aku nak buang buku lama..
Buang!!
Sekali lagi..
Buang..
Bukan simpan..
2013 bagi aku 1001 kisah derita..
Aku tak nampak mana manisnya hidup aku sepanjang 2013..
Jujur..
Memang menyakitkan..
Aku nak cuci hati..
Nak basuh kepala otak..
Nak buang semua sakit2..
Nak mintak kenangan baru..
Dan aku tau..
Selagi aku tak tinggal yg satu itu..
Sampai mati aku tetap macam ni..

Allah..
Bantu Adilah..
Buka pintu hati Adilah..
Buka untuk orang lain..
Buka mata Adilah untuk pandang orang lain..
Kuatkan hati Adilah utk lupakan dia..
Untuk buang dia jauh2..
Adilah penat tunggu jawapan dia..
Adilah tercari siapa Adilah pd dia..
Tapi Adilah tak nampak..
Yg Adilah nampak..
Dia cuma gunakan Adilah..
Adilah penat..
Adilah sakit tengok bahagia dia..
Adilah cemburu tengok gelak senyum dia dgn orang lain..
Adilah tak kuat!!
Dia kejam pd Adilah..

Aku sedih..
Bila dia rasa nak datang..
Dia datang..
Bila tak nak..
Dia pegi..
Aku cuma boneka dia..
Aarrgghh!!

Sunday, December 29, 2013

Hati berkata


Setia itu memang menyakitkan..
Tapi aku memilih utk cuba tidak curang..

Friday, December 27, 2013

Sembunyi?

Aku tak kisah utk cerita perihal kau pd org terdekat aku..
Walau mereka tau kisah silam aku..
Pernah duka kerana kau..
Walau berulang kali..
Aku masih memperkenalkan insan yg sama..
Aku tak malu utk bercakap sesuatu tentang kau..
Walau terkadang secara sembunyi..
Juga terkadang berterus terang..

Tapi kau??
Senang cerita..
Tak perlu diluah..
Kerana aku tau..
Hati kau pd aku mungkin jauh beda hati aku pada kau..
Mungkin kau malu..
Atau..
Mungkin...
Kau sedang mencari yg lebih sempurna utk diperkenalkan rasminya..
Sesempurna kau..

Thursday, December 26, 2013

Bosan!



Aku dah BOSAN!!!

No title

Bilamana kita pernah rasa kecewa hingga jatuh terduduk..
Tanpa ada satu dahan pun untuk dicapai..
Percayalah..
Takkan sekali kita cuba untuk buat orang lain kecewa..
Lebih lagi dgn orang yg bukan calang-calang berada dihati kita..
Hingga sebenarnya tanpa kita sedar..
Hati itu kembali kecewa..
Kecewa yg mana untuk diubat bukan sesaat..
Dan kini..
Ya...akulah insan yg kecewa itu..
Bila terlalu berharap pada sesuatu..
Sehingga memusnah diri sendiri..
Duhai hati..
Berhentilah..
Berhenti dari menanti..
Kau belum cukup baik untuk dia..
Kau sedar..
Dari awal..
Tapi kau lambat bertindak..
Kau biar hati terbuai dgn rasa sayang..
Yg kau sendiri belum pasti niatnya..
Hati..kuatlah..
Walau bkn dgn perbuatan..
Tp percayalah..
Setiap perkataan yg dilafazkan..
Mungkin lg menyakitkan..

Sunday, December 22, 2013

Penantian itu penyiksaan..

Benar..
Saat ini aku akui..
Memang aku tak kuat utk lihat bahagia kau..
Hati bagai ditusuk bila aku nampak bahagia kau tanpa aku..
Walau aku sedar aku bukan punya hak atas kau..
Tapi jujur dariku..
Kulakukan kerana terpaksa.
Bukan kemahuanku..
Terkadang aku sedar..
Bukan aku selayaknya utk ukir senyum dibibir kau..
Segalanya itu kosong bila kau bersamaku..
Maafkan aku..
Aku buntu memikir titik akhir..
Dan disini..
Ingin aku katakan..
Walau aku sakit..
Tp utk lihat bahagia kau..
Biarlah aku undur diri..
Mungkin ini kemahuan kau..
Maafkan aku..
Disaat ini..
Aku maafkan segala kekhilafan kau..
Aku halalkan segala sesuatu yg aku beri..
Satu aku mohon..
Andai kau tak mampu menjaganya..
Pulangkan..
Biarkan aku yg simpan segala kenangan..
Kerana aku yakin..
Kau pingin cipta kenangan baru..
Maafkan aku..
Halalkan mkn minum aku..
Doakan yg terbaik utk ku..
Andai kau masih punya hati..

*utk terakhir kalinya..terima kasih sekali lagi..

Saturday, December 21, 2013

Untuk calon Suami..

Kepada calon suamiku yg masih ghaib..
Walau dimana mungkin kau berada..
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.."
Ingin ku sampaikan pesan untukmu..

Hidup ini memang tak selamanya indah..
Tapi yakinlah..
Keindahan itu ada dalam hidup..
Tak perlulah ragu pada cinta..
Kerana dalamnya masih punya kebebasan..

Biarlah orang kata cinta itu buta..
Tapi tak perlu kau pandang dgn mata terpejam..
Cinta bukan permainan..
Tapi cinta adalah pengertian pemahaman dan pengorbanan..
Kebersamaan itu perlu walau hakikatnya raga itu terpisah..

Sesuatu kedamaian itu tak perlu diselang dgn kekejaman dan kezaliman..
Kau berhak memilih utk mencintai atau tidak..
Tapi kau tak berhak utk mencintai dan kemudian meninggalkanku sesuka hatimu..

Aku bukan pakaian yg jika sudah bosan..
Lantas kau buka dan tinggalkan..
Jadi jangan katakan sayang tanpa bukti..
Kembalilah..
Bersamaku..
Kita tatih meniti titian jalan menuju bahagia...

*Dr hamba Allah yg penuh dosa..

Adilah binti Othman

Thursday, December 19, 2013

Terjawab..

19 disember 2013..
Akhirnya..
Selepas puas menunggu..
Aku dapat jawapan yg pasti..
Hari ni..
Berakhirlah segalanya..
Terputus akhirnya hubungan yg sebenarnya..
Aku sendiri tak pasti..
Utk kali yg berapa kali sudah..
Aku ditinggalkan lagi..
Sama juga seperti sebelum ini..
Ditinggal seperti manusia tak punya maruah..
Perlakuannya seperti menganggap aku seekor kucing kurap..
Atau lebih kotor lg..
Seperti seekor anjing..
Aku terima..
Mungkin ini balasan dosa2 aku..
Tp adilkah?
Setimpalkah andai hanya aku yg menanggung sengsara..
Sedangkan pelaku dosa dari 2 manusia..
Aku kusut..
Mana lagi silap aku..
Apa lagi kurang aku..
Apa lagi belum cukup..
Aku sediakan segala utk dia..
Biar aku rasa tak cukup..
Sedang dia..
Aku beri ikut kemahuannya..
Dimana keadilan..
Aku malu..
Malu dgn diri sendiri..
Apa terlalu jijik diri aku..
Hingga terlalu mudah dia merasa bosan..
Apa terlalu hinakah aku..
Hingga tak layak merasa kasih setimpalnya..
Bukan emas..
Bukan harta yg aku pinta..
Aku cuma pingin perhatian..
Aku cuma mahu dikasihi..
Aku cuma pinta kejujuran..
Aku penat dipermainkan..
Apa dosa aku..
Pernah curang?
Tidak sama sekali..
Aku bukan wanita yg cepat berubah hatinya..
Aku cuma mahu dia..
Untuk teman seluruh masa hidupku..
Untuk kongsi susah senang..
Untuk bina segala rancangan..
Tapi..
Disini..
Hari ini..
Aku gagal lg...
Ternyata dia bukan utk aku..

*bangun..perlahan..dan..terus..berdiri..
*dila...cipta bahagia sendiri..buang segala keji..
*dia pernah tinggalkan aku..dan hari ini..peristiwa itu berulang lg..

Penantian ini..

2.45 pg..
Mata belum mahu lena..
Titisan itu bagai tidak mampu diseka..
Bengkak mata jangan kira..
Semua kerana dia..
Hingga kini..
Saat ini..
Aku masih menanti..
Apa status diri..
Terkilan rasa hati..
Bila diperlaku begini..

Aku sampah

Buat dosa dgn tuhan..
Boleh mtk ampun..
Buat dosa dgn manusia..
Sendiri tanggung..
Sumpah..
Sumpah aku tak percaya..
Ini rencana kau..
Kau langsung tak berubah..
Dtg kau untuk aku hanya utk menuntut sesuatu..
Pergi kau utk wanita itu..
Ini janji aku..
Aku teraniaya..
Sumpah sampai mati kau takkan bahagia..
Bisa luka kembali berdarah..
Dendam aku kembali mekar..
Andai kau mati..
Matilah..
Pergilahh..
Aku iringi dgn sesuatu yg belum halal..

Tuesday, December 17, 2013

Lagi dan lagi..

Malam ini...ya!aku rasa hubungan ini kembali teruji..
Dimana salahnya..
Siapa puncanya..
Entahlah...
Letih memikir..
Sampai bila..
Apakah penghujungnya...
Menangis...
Lagi dan lagi..

Hati ini tiba2 rindu..
Rindu pada cinta dahulu..
Cinta yg tiada pernah ribut..
Hatta hujan sekalipun..
Rindu pada dia si penjaga hati..
Tapi aku akur dengan ketetapan..
Mungkin tiada jodoh..
Dia terlalu baik utk insan sekotor aku..
Muhammad Azri..
Dia sejarah..
Yg tak mungkin aku berpaling kembali..

Sekarang..
Cinta hati berganti..
Sayang aku hanya pada dia..
Cinta aku abadi utk dia..
Walau badai menghempas bumi..
Takkan sekali aku mengalah..
Terkadang terasa seperti mahu rebah..
Bila terlalu banyak rintangan utk kecap bahagia..
Kenapa harus aku yg lalui..
Sakitnya sendiri menanggung..
Duhai sayang..
Datanglah..
Hapuskan egomu..
Jujur..
Aku sentiasa mahu kamu..
Hanya kamu..
Mohamad Haikal..

Monday, December 2, 2013

RINDU

Finally!!!
I got my blog back..
Ghindu..
Tak tau nk ckp apee..
Mcm banyak sgt je nk cerita...
Tp..
Nanti2 laaaa...
My dear sayang...
Get well soon...

Saturday, October 19, 2013

terima kasih sayang...

untuk kali keberapa kali...
entah lah..
aku ditinggalkan lagi..
tak tahu kenapa..
jawapan hanya pada dia...
dua hari..
buat aku habis berfikir..
untuk apa aku meratap..
untuk apa aku mengharap..
bukan baru sekali..
berkali2 aku lalui perkara yg sama..
xmustahil juga untuk kali ini..
biarlah..
aku cuba bangun..
untuk kembali positif..
mungkin ada hikmah kenapa dia tinggalkan aku..
mungkin kerana dosa2 laluku..
atau mungkin Tuhan sedang aturkan yg lebih baik untukku..
teringat balik pesan2 lama..
mungkin kerana lupa dgn apa yg mereka2 katakan..
aku dihukum begini..
kata seorang teman..
kalau sekali dia boleh buat..
berkali2 pon dia boleh buat..
biarlah..
walau sakit..
walau perit..
aku terima..
buatlah semahu kau..
kalau bukan aku yg membalas...
akan ada yg lebih layak untuk menghukum..
benci bila teringat kata2 dusta kau..
berubah?
mana perubahan?
hari ni..
nekad..
hanya sampai waktu itu akan kutunggu..
andai tiada berita..
aku akur bahawa kau punya pilihan lain..
dan terima kasih kerana membenarkan apa yg aku andaikan..
aku hanya wujud bila dia jauh dari kau..
sehari hati ini gundah..
memikirkan..
dan akhirnya aku setuju dgn kata hati..
kau datnang untuk sesuatu..
ya..
jujur aku serik..
terima kasih..
dan biarkan aku dgn dendam..

Thursday, October 17, 2013

sekali lagi..

tak tahu mcm mana nak mula..
tapi hati ni mcm disiat2..
luka lama baru mula hendak sembuh..
secara tiba2 pedih bagai dikoyak semula..
rabak..
kerana siapa?
ya..
dia..

pada aku..
mungkin kami tidak boleh menjanjikan pertemuan..
kerana dgn adanya pertemuan..
disitulah akan wujudnya sengketa..
sumpahan apa ini?
acap kali..
seringkali bila berlakunya pertemuan..
inilah yg akan kami lalui...

'kebahagiaan..
hak milik setiap insan'
yaa..
aku tersentuh aku terasa..
kerana aku sedar..
bahagia kau bukan dgn aku..
senyum kau tak pernah kekal bila dgn aku..
raut wajah kau..
tindak tanduk kau..
jelas menunjukkan kau terpaksa bila dgn aku..

apa dosa aku..
dimana salah aku..
apa lg kau mahu..
apa lg yg belum aku penuhi..
sakit..
bila kau tak pernah cuba fahami aku..
kenapa aku perlu lalui..
segala in sendiri..
belum cukup pengorbanan aku?

jika ini akhirnya...
jika ini penghujung kisahnya..
kenapa dulu kau kembali..
kembali dgn harapan..
walau kau lakukan tanpa sedar..
aku tetap seperti dulu..
wanita yg hatinya tak pernah berubah..

jika bahagia yg kau mahu..
kenapa tinggal bahagia dulu?
kenapa kembali andai kau tahu hanya derita yg ada denganku?
apa belum puas?
apa belum cukup kau mainkan aku?
silap aku..
bila sudah melibatkan keluarga..
apa patut tindakan aku selepas ini..
malu pada diri sendiri..




Saturday, October 5, 2013

terasa hati....

terasa hati?
selalu..
kadang2 rasa nak bg pelempang..
letak titik noktah..
dan tak nak mengharap lagi..
dan..
terakhir sekali..
katakan BYE!!

tapi..
mengapa masih mengharap perubahan..
dalam menjaga hati..
dia yg sering menyakitkan hati..
will try to do my very best..
menjaga hati dia yg belum tentu..
mampu untuk menjaga hati ini..

and really hope..
no more 'terasa hati'..

hati terasa..

sangat pedih..


*kau..
masih tak berubah..
datang dan pergi semahu hati..

Friday, October 4, 2013

aku berpuisi?

dua jiwa yg dah sebati..
mana mungkin  senang untuk dipisahkan..
dua jasad yg pernah bersama..
mana mungkin mudah untuk dileraikan..
dua janji yg pernah dipatri..
mana mungkin senang untuk dilupakan..
tapi segalanya mungkin..
andai..
hanya satu hati yg ikhlas menyayangi..
sedangkan..
satu hati mula mengkhianati..
juga mungkin..
jika hanya satu hati yg menanti..
sedangkan..
satu hati mencari jalan untuk berlari..


*kecewa bila impin tak terlaksana..
tukar rancangan~~

Tuesday, October 1, 2013

octoberr????

dah masuk oktober..
how september???
hmm..
tetap mengecewakan..
tapi tak sesakit jun dan july..
ape yg aku harap??
haruslah sesuatu yg menggembirakan..
menyenangkan..
boleh dapat ke?
hentah lahh..

semalam borak lame dgn mak..
mcm2 aku cerita..
mcm2 yg aku dapat..
aku ingt pesan mak..
apa2 pun terus bgtw mak..
segalanya aku cerita..
juga hal itu..
pesan mak aku..
positif!!
hah..
lain xde ke??
aku ni payah nk positif..
satu lg mak ckp..
dulu pandai2 amik risiko kawan balik buat apa??
skrg tanggung la risiko tu..
ye mak...
doa baik2 sudah la mak..
mak tolong doakan..
"kalau dia bukan jodoh ceq..
doakan dia jauh dari ceq cara yg baik.."
mak perli..
ouchhh!!
pedih...
"tak kan mak ja kena doa...
usaha sendiri jugak la..
buat istikharah"
makkk..
ceq belum cukup alim laa...
"hg ingat istikharah tu untuk org alim ja??
istikharah tu jalan yg Allah bagi..."
oke3..
menurut perintahh...

bila dah tenang..
dalam tepon pon aku boleh luah sumenye kt mak...
tp knp bila depan mak..
yg mampu aku buat...
menangis,teriak dan melalak serta yg seangkatan dgn nya...

untuk kau..
aku tak tau nk cakap ape lg..
penghujung 9 aku sgt2 tak baik..
aku harap kemunculan 10 penuh dgn senyuman..
tapi..
boleh ke aku dpt..
hanya dari kau..
sebab..
penentu mood aku baik atau tak hanya kerana kau..

aku nk kembali ke laman social..
tp aku takut...
takut nk hadap kenyataan..
takut melihat benda yg aku tak hingin..
segalanya takut..
ya!
aku memang penakut!!


bismillahirrahmanirrahimm...
bismika Allahumma Ahya Waamutt...
Aamiinn...

Monday, September 30, 2013

jangan hipokrit!!

jangan jadi hipokrit!!
aku tgh banyak masalah..
jangan tambah masalah aku..
jgn buat aku terbeban dgn masalah kau..
bukan baru sebulan dua aku perhati kau..

ya!
mungkin aku selalu dengar masalah org..
tapi untuk menyokong sesuatu benda..
tak semudahh aku mendengar...
jangan kutuk dia..
jgn hina dia..
buruk baik dia..
dia darah daging aku..

mungkin dia pernah tersalah langkah..
aku juga..
dan kau juga..
juga mereka diluar..
tapi siapa kau untuk menghukum..
syurga kau pada dia..

dosa dia pada kau..
kenapa hukum yg melahirkan dia..
kenapa bukan pada dia..
kenapa pada kami darah daging dia..
sejauh mana kepalsuan air mata kau..
aku mula hilang rasa hormat..

tak tahu nak kata..
sekadar secetek ilmu yg aku ada..
dan sekadar pengalaman yg aku tahu..
dan sekadar apa yg aku pernah dengar..
"sekiranya suami tak hidup ikut landas islam yg betul..
si isteri layak untuk tidak patuh pada suami..
dan si isteri berhak untuk tuntut fasakh"

tak guna solat siang malam andai ada sesuatu antara kau dan dia..
darjat dia sebagai suami masih ada..
aku dah bg jalan..
bukan untuk memusnahkan..
kau dah cukup dewasa untuk berfikir..
kalau rasa kasih sayang kau cukup untuk besarkan mereka sendirian..
teruskan dgn apa yg kau hajatkan..


*mak...belum pernah ada dalam sejarah keluarga..doa mak mustajab.doa la...:'(

hujan...dunia seakan memahami..

" I DONT NEED ANYONE TO TAKE ADVANTAGE OF MY WEAKNESSES OR MY STRENGHTS...I JUST NEED SOMEONE WHO WILL APPRECIATE ME FOR EVERYTHING THAT I AM.."

PEMBUNUH!

aku tahan air mata..
aku cuba..
tapi aku tak mampu..
bila aku ingat..
apa yg aku baca..
apa yg aku nampak..
sakit..
itu rupanya balasan dia..
jelas..
padanlah mesej aku dibiar sepi..
ada udang disebalik mee..
baru sehari..
aku dibalas dgn ajaran itu..
belum setahun..
belum seabad..

dosa apa lagi pada kau..
mesra...
manja..
istimewa..
pengganti baru..
tahniah..
"dear ex..saya bahagia tanpa awak..
lg bahagia bila ada pengganti awak.."
sungguh aku tak sangka..
seminggu..
aku dipermainkan..
hebat!
ternyata kau hebat..

tarik nafas...
sedarkan diri!!
'kau kata cuma kawan,kenapa ada cemburu??'
"aku kawan dia..tapi dia bukan kawan aku!!"
biarlah..
sekurang2nya aku nampak sendiri..
bukan ditikam belakang..
bukan disimpan dalam diam..
dan aku tak rasa tertipu..
mungkin itu cara dia untuk sedarkan yg aku memang patut pergi..
baiklah..
cuma doakan aku..
doakan aku tak berdendam..
kerana bila aku ada dendam..
permintaan aku tak pernah padam..
doa aku kembali bersulam..

apa patut aku buat?
entahlah..
diam?
mungkin perlu..
tunggu?
untuk apa kalau menyakitkan..
minta penjelasan?
segalanya cukup jelas..
dunia sosial?
biarlah aku menyepi untuk seketika..
sampai bila?
mungkin esok,mungkin lusa..
kerana..
lebih baik tak tahu dari nampak yg menyakitkan..
bermainlah kau sepuasnya..
semahu kau..

berbahagialah kau..
kau selayak manusia..
untuk cari yg terbaik..
nyata dan jelas aku bukan yg terbaik..
aku jahat ditangan org yg baik..
terima kasih..

teringat bersama mereka seketika tadi..
"kau nampak tak hepi..kenapa?"
aku kusut..
"muka kau pucat..
mana eye liner,mascara bagai sume?"
luaran aku bayangan dalaman aku..
"badan kau nampak susut..."
oh ye???mmg tu yg aku nk dgr..
"ktorg tawu kau tgh gundah gulana.."
hidup tak hepi mmg la gundah gulana..

timbang berat..
yeah!!!
berat yg naik dulu kembali susut..
susut melebihi sebelumnya..
alhamdulillah..
bila ada masalah..
bila terlalu memikirkan sesuatu..
aku tak kan ambil peduli hal mkn aku..
aku tahu..
aku akur..
masalah derita perut yg aku alami skrg punca aku abai segala benda..
biarlah..
biar mati cepat..
cukuplah wali2 aku menanggung dosa2 aku..
oh ya...
kau kan suruh aku kurus..
no wonder lah kau hadiahkan masalah kt aku berduyun2..
terima kasih...
kau pembunuh semangat aku..

aku nak lari..
lari dari masalah..
tapi aku sedar..
semakin aku lari semakin dia menghantui...
aku mahu berbicara..
tentang segalanya..
tapi aku juga sedar..
itu bukan cara dia..
aku mahu menjauh..
tapi aku tahu aku tak kan mampu..
aku mahu pergi..
tapi aku takut sekiranya akan kembali..
tuhan..
bantu aku..
atau..
ini dugaan bila aku kembali dekat kepadaMu..
luka lama mula bernanah dan kembali berdarah..
juga semakin parah..



"hati manusia yang kecewa umpama pinggan yg pecah berderai....jika disambung semula sekalipun belum tentu dapat bentuk asalnya...dan PARUT nya masih jelas kelihatan..."

Sunday, September 29, 2013

Kerana kita hanya KAWAN..

Kerana kita hanya KAWAN.
Perbualan dan perbuatan kita tidak perlu menjangkau jauh dari batasan..

Kerana kita hanya KAWAN.
Setiap titik rasa hati itu perlu diperjelaskan agar tiada yang makan hati..

Kerana kita hanya KAWAN.
Setiap luahan yang diberi dibalas dengan nasihat yg penuh misteri..

Kerana kita hanya KAWAN.
Setiap langkah perjalanan memberikan aku kekuatan dan keberanian..

Kerana kita hanya KAWAN
Perbuatan kamu menimbulkan segala resah di dalam hati..
Itu bukan KAWAN..

Kau....?
Kenapa kau masih ada di sini?
Kenapa kau masih aku rindui?
Kenapa kau tidak pernah jauh dr sudut hati kecilku?
Kenapa kau sentiasa ada ketika aku dipalu rasa kecewa?

Kerana..
Kau hadir untuk melihat duka..

PUAS HATI!!!

GAMPANG!!
BODOH!!
BABI!!
SIAL!!
PUAKA!!
CELAKA!!
PENIPU!!

*ok..sume ni memang datang dari hati yg tulus!!

kosong..satu..dua..dan tiga...

renungan ajal..
hmm..
aku tak tahu kenapa..
tp dua tiga hari ni hati rasa mcm kosong je..
nak kata sedih...
mungkin..
tp sebenarnya tak la sgt..
nak kata hepi pon tak..
tak tau lah..
tak tau mcm mana nk terang..

aku pernah ditinggalkan..
bkn baru sekali..
tp dah berkali2..
aku tak tau apa perasaan aku andai aku akan lalui lg semua tu..
mampu ke aku?
atau mungkin aku terduduk lg?
terkadang hati ni seperti rela untuk dia pergi sekali lg..
bukan meminta..
tp sejujurnya aku takut..
aku sedar aku bukan selayaknya merasa cinta dia..
jawapan dia buat aku sedar benar siapa aku sebenarnya..
tak tahu pihak mana patut disalahkan..
bukan tak pernah cuba untuk mempercayai..
tp segala itu pernah hilang terkubur satu ketika dulu..
untuk pupuk kembali semua itu bukan mudah..
sebulan dua bulan?
mana mungkin..
kau harus kuat melayan aku..
sementara menanti kepercayaan itu kembali..
dan aku..
perlu bangkit..
perlu pupuk kembali..
sesuatu yg pernah retak dulu..

terkadang..
kau mendiam dalam jauh..
aku menanti dalam pergi..
hati ini berbelah bagi..
fikiran ini tak pernah terhenti..
untuk kau..
biar aku luah disini..
bukan aku cuba menjauh..
bukan niat mahu menuduh..
dari kau sendiri..
aku cuma kawan..
lantas dgn itu..
aku paksa letak aku sebagai kawan..
cemburu itu aku simpan sendiri..
walau hati berbalam berduri..
sbb?
aku cuma kawan..
aku cuba jd kawan..
aku paksa mengaku kawan..
aku cuba dgr masalah sbgai kawan..
tp kau lawan..
kenapa?
kan aku cuma kawan..
aku sentiasa mahu cari kau..
aku sentiasa perlukan 'kawan'..
tp bkn sbgai 'kawan'..
tp aku hanya kawan..
biarlah aku tunggu kau sbgai kawan..
kawan yg cuba jadi kawan kau..
tapi..
dari aku..
kau bukan kawan..
nak panjang bicara..
aku tak mampu..
aku tak punya kuasa untuk ubah apa2...
biarlah aku sakit sebagai kawan..
dari sakit sebagai 'teman'..

hanya satu aku mahu..
hanya satu aku perlu..
KEPERCAYAAN..
pulangkan..
walaupun sebagai kawan..


Friday, September 20, 2013

hati bermonolog jasad

'dila..kau oke?'
aku tgh sakit..
kau duduk diam2..

'dila..kau kenapa?'
aku kata diam!
jangan banyak tanya..

aku sedih..
aku kecewa..
selama aku ada disini..
disisi dia..
cuba untuk jadi teman terbaik..
tapi dia tak pernah hargai..
sekalipun tak..
mungkin dia tak pernah tahu aku wujud..
kalau kau kenal aku..
kau pasti tau betapa pilunya hati aku..

'lepaskan dia'
tapi..
'no!just let him go!!'
tapi...
'kenapa??kau tak mampu?'
sebab aku sayang dia..
ya..aku sayang dia...
so...what??
'he doesn't need u dila..'
tapi...
'kau kata dia tak pernah hargai kau..'
'mean dia tak sayang kau..'
'dan sesungguhnya dia memang tak perlukan sampah mcm kau..'
'so..tolong la biarkan dia pergi..'


*maaf...aku perlukan tempat untuk meluah..
untuk bercerita..
ini tempat aku..
kau..
andai kau baca coretan ini..
memang untuk kau..
kalau benci..
tolong tekan pangkah dihujung screen...
dan tolong jangan lawat blog ini lagi..
sekali lagi..
tolong mati dalam hidup aku..
tolong mati dgn kata2 manis kau..
"datang untuk berubah?"
huh!!!

Wednesday, September 18, 2013

hujan lagi..

Usai solat isyak..
Tak tahu kenapa..
Tanpa sedar..
Tangan mencabut cincin itu dijari..
Pedih..
Air mata kembali menitis..
Kenapa aku tak kuat..
Sambil merenung..
Terfikir..
Apa betul apa yg aku lakukan..
Biarlah..
Mungkin itu cara aku jauh dari dia..
Pada dia mungkin cincin tu tiada makna..
Tp bukan bagi aku..
Cincin itu jiwa aku..
Cincin itu hati aku..
Aku pasti ada sesuatu..
Entahlah..
Susah untuk ditafsirkan..
Apa petanda semua ini..

Ya allah..
Beri aku kekuatan untuk jauh darinya..
Beri aku kekuatan untuk melupakannya..
Tiada jalan untuk aku positif..
Bila yg diberi semua negatif..
Belum cukup aku bertanya..
Belum puas aku meluah..
Hanya itu alasan??
Mana jalan lain??
Atau mungkin aku dipermain..
Lagi?
Satu demi satu status dimuka buku ‘DIA’ berkait dgn kau..
Aku  penat..
Siapa pilihan kau??
Entahlah..
Aku nekad untuk diam..
Tp aku tak pernah punya kekuatan..
Aku nekad untuk berhenti mencari..
Jua tak pernah aku dapat kekuatan itu..
Jujur aku sentiasa perlukan kau..
Tapi kau?
Siapa aku..
Aku penat..
Biarlah..
Buat selagi kau mampu..
Kalau bukan aku..
Ada yg lagi berhak untuk membalas..
Cukuplah aku diam..
Menanti..
Hingga saat kau betul perlukan aku..

Terima kasih untuk derita ini..

Tuesday, September 17, 2013

si kecil itu..

tengah layan perasaan dalam bilik..tibe2 datang sikecil mengganggu...

huffaz : mak teh sedih te??

aku : *senyum...a'ah,mak teh sedih..

huffaz : tenape mak teh sedih?

aku : kawan mak teh 'mati'..

huffaz : ooo....*trademark dye*...adek amek syisyu *tisu* lap mak teh ea..

aku : *senyum..pandai budak ni..

huffaz : *lari kuar konon nk amek tisu sambil jerit...ayah..mak teh sedih!

aku : oke,kantoii....


walau sikecil ini belum memahami apa2,belum tahu apa itu kecewa,belum tahu apa itu rasa sakit ditinggal,tapi dia tahu aku tengah sedih..

kau!jawab lah...jgn buat aku tertanya.aku penat.berkali aku pesan.bila aku buat salah,betulkan aku..bukan tinggalkan aku..even kau nk tinggalkan aku,susah ke nk bgtau.kenapa mesti buat aku tertanya2..

bukan setahun dua kau kenal aku..tak kan sikit pon kau tak boleh hargai perasaan aku..

dila jatuh lagi...

hari ni..
bangun pagi..
kepala sakit yg amat..
mata bengkak jgn kata..
ya Allah..
kenapa lagi...
punca?
mungkin sbb tak tidur..
mungkin sbb banyak fikir..
mungkin sbb terlebih menangis..
segalanya mungkin..

aku kembali lemah..
kembali jatuh..
terduduk..
tersungkur..
lagi dan lagi..
perut mintak diisi..
langsung aku tak peduli..
kerja mintak diselesai..
langsung aku tak kisah..
gurauan mereka?
langsung aku tak peduli...

kenapa aku lagi?
bangun dila..
bukan baru sekali dia buat mcm ni..
sbb bkn baru sekali la aku jd mcm ni!!
aku mintak dia dtg bukan untuk tinggalkan aku!!!
kenapa aku??
apa dosa aku pada dia...
mana silap aku..
apa mungkin sbb aku tak mampu tunai keinginan dia..
tuhann..
tolang lahh..
aku bukan sempurna..
aku banyak kelemahan..
andai itu punca aku ditinggalkan..
kejam nya dunia...
sakit!!

mak ayah..
ni ke hukuman bila org tak dgr ckp mak ayah?
org cuma nk bahagia..
org cuma nk gembira..
anak mak punya alasan kenapa hanya dia..
kukuh!
mak..
maaf juga utk tadi..
tak mampu nak meluah..
cukup mak tahu..
cukup mak rasa..
sbb mak pernah nampak..
mak nampak jatuh bangun org depan mata..
mintak doa mak..
doa dari mak..
doakan org bangun semula..
org dah penat..
knp org je yg kena lalui..

Ya Allah...
ADILAH BINTI OTHMAN..
bangun..
tarik nafas..
sedar..
yg dia dah tak perlukan kau lagi..
yg dia tak kan cari kau lagi..
yg dia dah buang kau sekali lagi..
yg dia dah buat kau kecewa lagi..
yg dia dah ada masa depan sendiri..
bangun!
bina masa depan..
untuk diri sendiri..
berhenti berharap pd benda yg tak pasti..

mengharap sinar utk hari esok..
moga kejayaan milik aku..=)

Monday, September 16, 2013

kata mereka..

ada yg kata..
bencilah!!
kerana dgn membenci mampu menutup rasa sayang..
tapi itu mereka..
ternyata bukan saya..
kerana saya tidak pernah berjaya untuk membenci kamu..
kerana kamu terlalu isstimewa..
dan sesungguhnya saya telah mencuba..
untuk melupa kamu sedaya upaya..
tetapi saya tidak pernah berjaya..
kerana saya sayang bukan untuk membenci akhirnya...
maafkan saya..
saya tidak pernah dan tak akan berjaya..
untuk melupakan kamu..

*deritaa...

word of the day : MAAF??

2 hari yg membosankann..maka berlakulah satu dialog bersama manusia yg satu masa dulu pernah meminjamkan bahu,mata,telinga dan sebagainya...*pertengahan dialog sahaja..

Dia : aku boleh.kenapa kau tak?ape susah sgt nak maafkan org?maafkan la...for sure hati kau akan jadi tenang.percaya la cakap aku..

Aku : apa yg jadi kt kau mungkin tak sama dgn apa yg jd kt aku.pernah jadi kt aku..org tu buat salah,lps tu mintak maaf.lps tu buat lagi..aku maafkan lagi..lps tu lagi,lagi dan lagi...aku tetap maafkan..n skrg buat lagi...aku bengang dan jadi bengong..ape sume tu?nk maafkan lagi??ok la..boleh.aku maafkan.tp ikhlas ke tak..entahlah...

Dia : betul...mmg susah nak maafkan...tapi kau pun kena ingat.dalam kita tak sedar mungkin kita sendiri ada buat salah dgn org..mcm mana kita nak org tu maafkan kita,mcm tu jgk la org tu pd kau..mmg kita perlukan masa untuk maafkan org..bukan semudah tu kita nk lupa apa yg dia pernah buat,..biasanya dalam hal mcm ni,kita xboleh paksa hati untuk maafkan..kalau paksa tapi tak ikhlas,baik jgn..ambik masa untuk fikir dulu..

Aku : entah la...tp mcm mana kalo org tu sendiri pon xpernah ikhlas utk mintak maaf..sakadar satu ucapan..sekadar satu perkataan.tp tak pernah nak maknakan apa tu maaf..dia buat mcm bila ucap 'maaf' tu segala benda settle.aku tak suka perangai yg mcm ni..pada aku,'maaf' tu boleh...tp aku nk convince baalik dgn org tu.apa sebab semua tu jadi..selagi aku xdapat tau semua tu,selagi tu la semua benda tergantung..on that time,ye..aku boleh ok..tp dua tiga hari lagi,sure aku buat perangai balik..

Dia : then?make a conversation with him..aku tau nak dapat keikhlasan org tu payah..kalau kau pernah buat silap dgn org,then org tu maafkan..knp kau xboleh buat mcm apa dia dh buat..atau mcm ni la,cuba maafkan org seikhlas hati kau..what u give, you will get back..percaya la,kalau kau dah ikhlas maafkan org,satu hari nanti akan ada yg ikhlas maafkan kau bila kau buat silap..kita ni manusia..jgn anggap yg kita sentiasa betul dan tak pernah buat silap..

Aku : kalau setakat langgar bahu,pijak kasut..boleh ja maafkan dan lupakan..tp dalam hidup ni bukan semudah langgar bahu je..kalau dia mmg dah dajalkan aku or mmg dah tinggalkan titik hitam dalam hidup aku mcm mana pulak?dan kalau niat dia mmg nak tengok aku jatuh tersungkur,terduduk sbb perbuatan dia...semudah tu ke aku nak maafkan?

Dia : apa2 pun,balik pada hati..back to basic..sebelum jd sume ni,kau rase kusut tak hidup kau?apa beza dulu dgn skrg?aku percaya dulu lg tenang dari skrg..betul?jadi,kau tak rase rindu ke nk dpt ketenangan yg dulu??kau seronok hidup dlm dendam skrg??mcm ni la..biar Allah balas semua dosa salah silap dia..jgn kau pulak balas dgn benda yg sama..kalau tak,apa beza kau dgn dia???

Aku : hmmmm....aku cuba..

runsing..

aku tak tahu apa yg aku mahukan..
terkadang kepala sakit memikir..
dimana kesudahan..
dimana penghujung..
siapa aku..
dimana aku..
kenapa aku..
persoalan yg tak pernah lari..
derita yg tak pernah pergi..

dalam doa..
aku berharap..
kau tak kan kembali lagi..
tapi aku tak pernah kuat..
aku lemah saat kau hadir..
hadir kembali menagih kasih..
untuk apa?
hanya kau punya jawapan..

Sunday, September 15, 2013

home alone...

aku penat..
aku sunyi..
aku tertanya-tanya..
kenapa aku..
kenapa aku sering jadi mainan kau..
sampai saat ini..
sampai mati mungkin..
aku tak kan pernah dapat jawapan kpd persoalan ini..

sedetik selepas kau datang..
aku harap perubahan kau..
satu harapan aku..
tak kan wujud walau setitis air mata aku kerana kau..
tapi kini..
segala itu kembali..
hari demi hari..
kau wujudkan tangisan..
kau ukirkan keperitan..
mana perubahan kau..
mana janji kau..
mana kata-kata kau..
'aku dtg nk betulkan salah aku'
itu dusta!!

hingga saat ini..
aku tahu..
kau masih belum mampu berfikir..
kau masih belum mampu memilih..
kau hadir hanya untuk pergunakan aku..
sampai bila!!!
aku penat..
siapa aku..
aku bukan patung..

aku punya 1001 kelemahan..
aku tak mampu beri apa kau mahu..
aku tak mampu tunai apa kau pinta..
apa mungkin ini balasan untuk aku..
apa dosa aku..
apa silap aku pada kau..
kenapa aku sering jd bahan mainan kau..
aku dicari saat kau perlu..
aku dibuang semahu kau..

bukan sesaat aku kenal kau..
aku sedar..
aku tahu..
perubahan kau bersebab..
datang kau kepada aku mungkin bersebab..
sunyi,sepi,bosan..
itulah aku pada kau..
pergi kau juga bersebab..
mungkin dia yg kau tunggu dah kembali..
aku?
kembali dijadikan sampah kau..

apa mungkin tiada satu pun pengorbanan aku yg kau hargai..
hingga sering aku diperlakukan begini..
sakit aku..
perit aku..
derita aku..
kecewa aku..
tak pernah sekali kau ambil tahu..
aku serik..

tolong la..
andai niat kau hanya untuk pergunakan aku..
cukup!
berhenti setakat itu..
jauhi aku..
tinggalkan aku..
pergi kejar bahagia kau..
walau tak pernah sekali aku mendoakan kebahagiaan kau..
dia..
dia memang untuk kau..
dia memang impian kau..
dia yg tak pernah kau lupa..
aku?
aku hanya ada bila kau hilang dia..
aku hanya peneman ketika dia bukan untuk kau..
kau?
kau penakut..
itu kau,..
kenapa?
sebab kau belum berani memilih..
sebab kau belum berani pertahan hak kau..
yg kau tahu..
hanya menyakitkan kami..
aku atau dia..
pergilah engkau untuk dia..
aku penat jadi bahan mainan kau..
cukup sampai sini..
hidup aku bukan untuk dikecewakan..

jujur aku belum pernah sayang org seperti mana aku sayang kau..
tapi kau!!
hingga saat ini kau masih buta..
cukup lah sampai saat ini..
aku dah serik..
aku serik dipermainkan..
dan kau..
satu2nya lelaki yg sering menyakiti aku..
yg sering buat aku menangis..
yg sering buat aku terfikir..
siapa aku..
aku motif kau kembali..
dan jawapannya aku tak pernah dapat..

walau begitu..
perkara yg kau buat aku tersenyum ketika bersama..
masih kekal hingga saat ini..


*pergi..jangan pernah untuk kembali..

Friday, September 6, 2013

getir

Bismillah..
Dah lama blog ni tak dilawat..
Dah berhabuk pun..
Merajuk mungkin..
Hmm..
Lupakah aku pada sesuatu yg setia..
Yg setia sentiasa mendengar luahan..
Pahit manis senyum tangis..
Segala terukir..segala terluah disini..
Kusut , sakit, derita , kecewa..
Segala kembali menyatu setelah sekian lama senyuman terukir sentiasa..
Kerja , peribadi , keluarga..
1001 kesimpulan permasalahan..
Bila mampu dirungkai..
Entahlah..
Tuhan…kenapa masalah tak pernah lari dari aku…
Maafkan aku seandainya tanpa disedari aku lupa nikmat..
Terkadang diri hilang pertimbangan..
Pada siapa harus aku luah segala rasa..
Dengan siapa harus aku rungkai segala kesulitan..

Apa yg aku lalui kini…
Kesedihan mengatasi kegembiraan..
Cerita derita menutupi cerita ketawa..
Ya Allah..
Arah mana lagi harus aku pergi untuk lari dari derita ini..
Kemana lagi harus aku tuju untuk simpan segala duka ini..

Ayah...
Dari cerita mak,ayah tak seperti dulu..
Ayah semakin lemah..
Hari2 nya hanya dirumah..
Tiada lagi kesawah seperti selalu..
‘nyawa’ nya itu terabai begitu..
Hari2 nya wujud tangisan dalam diam..
Allah...
Tolong bagi ayah kekuatan..
Sihatkan tubuh badannya..
Pulangkan kesihatannya..
Biar pun mustahil untuk segagah dulu..
Cukuplah dgn secebis kekuatan..
Harapanku hanya satu Ya Allah...
Aku inginkan dia sebagai waliku..
Beri dia kesempatan..
Untuk aku dilepaskan sebagai seorang anak perempuan..
Bukan sebagai seorang adik perempuan..

Dia..
Apa tujuan dia..
Datang dan pergi semahu dia..
Argghhhh!!
Cukup..
Lagi aku fikir,lagi aku ingt..
Nite..

Sunday, August 18, 2013

KENAPA AKU?

Ya Allah...jujur hambamu ini penat dgn dugaan..dugaan yg tak putus2..kenapa aku?salahkah aku ingin merasa dicintai..salahkah aku ingin menyayangi seikhlas hati..aku akur dengan segala dosa lamaku..belum cukupkah hukuman yg aku lalui kini..aku cuma mengharap sedikit ihsan rasa dari dia..dari dia yg aku nanti..

Ya Rabb...andai benar dia memang bukan untukku..ambil lah dia terus dari hidupku..jangan buka jalan untuk dia kembali kepadaku..jujur aku masih menyayangi..tp andai hadirnya dia hanya untuk menambah luka dihati,jauhkan Ya Allah..cukup deritaku selama ini..aku lelah membina kepercayaan itu kembali..tp yg aku dapat hanya kecewa..dia datang dan pergi semahu dia..

Hari kehari hanya dia yg aku nanti..hari kehari..dia wujud dlm doaku..walau aku sedar segala duka derita yg dia beri,hatiku tetap begini..belum cukup kuat untuk membenci..Ya Allah..hapuskan segala rasa ini..aku akur..Kau hantar dia sebagai pemberi dugaan kpdku..tp aku mohon Ya Rabb,kuatkan aku..aku sedar mana mungkin dia jadi milikku..kerana dia abadi milikMu..dalam tak sedar,sebenarnya ada 'mereka' yg menjadi penghalang aku..

Dan hari ini..aku kembali akur bahawa dia kembali menjauh..bahawa dia kembali dimiliki..bahawa dia bertemu cinta sejati..

*sume cerita tergantung..xde kekuatan nk habiskan..jujur aku dh fedup dgn sume ni!!mati lg baik laa

Friday, August 16, 2013

tak seindah bayangan.

sayang..
rindu itu bertandang kembali..
cerita itu mengganggu memori..
memaut seribu satu kisah lama..
setiap hembusan nafasku ada kamu..
setiap aliran darahku ada kamu..
tapi..
mungkin takdir yang tertulis..
lahirku untuk menyayangimu..
walau bukan untuk memilikimu..

hadirmu tak pernah kuduga..
pergimu jua tak kujangka..
segalanya sekelip mata..
kau hilang tanpa bicara..
termangguku dalam satu tempoh masa..

terkadang hadirmu bawa bahagia..
terkadang penuh sengsara..
hingga kini aku tertanya..
siapa aku dari sejak mula..


*xdemood nak abeskan..
yg penting aku sedar..
bahagia itu semakin jauh..
semakin samar..
wanita itu pilihan kamu..
si jalang ini??
tendangan kamu..
terima kasih teman..

JUMAAT


"AKU BOLEH LAYAN ORG DGN BAIK BILA ORG TU LAYAN AKU DGN BAIK"


*org tak nak buat ape nak terhegeh!!

Thursday, August 15, 2013

aku terasa

aku kecewa..
kecewa yg amat2 kecewa..
aku terasa..
terasa yg amat2 terasa..
tak tau pada siapa patut aku luah..
cari kawan untuk bercerita sama mcm aku buka peluang untuk dimaki..
akhirnya..
disini tempat aku bercerita..
cukup aku lepas segala beban..

kenapa??
kenapa bahagia utk aku cuma seketika..
Ya Tuhan..
aku belum puas dgn semua ini..
aku terasa..
dgn siapa?
jujur..
dgn si dia..
kenapa?
entah lah..

aku..
siapa yg kenal aku..
kenallah..
mungkin yg pernah sebumbung tau kisah aku..
tau tentang aku..
aku tak tau perkara itu kelebihan atau kebetulan..
tp selama aku sedar perkara itu..
aku yakin yg naluri aku belum pernah menipu..
andai resah terdetik dihati..
andai segala perkara yg aku lakukan semua tak kena..
pasti!!
ada sesuatu yg berlaku..
mungkin bencana..
mungkin aku dikhianati..
atau mungkin aku ditipu..
yg penting semua berkaitan dgn aku..

hampir 2 minggu..
aku kembali bahagia dgn dia..
jujur aku gembira..
mungkin satu anugerah atas segala derita yg aku lalui..
tp aku alpa..
aku lupa apa yg pernah aku percaya..
aku lupa yg Tuhan mmg dah tetapkan bahagia aku hanya sementara..
semalam..
dia berubah..
atas sebab apa?
hanya pada dia..
dan semalam juga..
bertandang gelisah dihati..
seharian semalaman..
aku dipagut seribu persoalan..
disapa sejuta andaian..
mungkinkah aku bakal melalui derita dulu??
ya..
mungkin..

aku terasa aku kecewa..
kecewa dgn segala layanan dia..
mungkin aku terlanjur dgn andaian..
mungkin aku tersalah fikir..
mungkin aku tersilap menuduh..
mungkin salah aku..
ya!
segalanya mungkin..
tapi jgn salahkan aku..
kaca kalau dah pecah..
mana mungkin bercantum semula..
sama dgn kepercayaan..
sekali hilang..
seribu tahun belum tentu pulang..

kau!!
aku akur dgn silap aku..
tapi..
sedar tak dgn layanan kau pd aku..
dgn sekecil silap yg aku lakukan ini..
kau layan aku mcm sampah..
kau dingin sedinginnya dgn aku..
kau buat mcm silap yg aku lakukan sebesar mahu kau..
kau cipta kembali jurang seperti dulu..
aku perempuan biasa..
xlari dari silap..
lupa ke kau dgn apa yg pernah kau buat pd aku dulu?
pernah tak kau bezakan layanan kau pd aku bila aku buat silap?
pernah tak kau fikir mcm mana layanan aku pd kau dgn apa yg kau dh buat?
sakit..
sakit sgt bila fikir..
siapa aku..
kenapa aku yg kena lalui semua ni..
aku tak pernah letakkan kau sebagai org yg salah..
aku cuba terima apa yg kau buat pd aku sebagai dugaan..
tp apa yg aku dpt bila itu yg aku korbankan?
tak pernah berubah layanan kau pada aku..
kau jadikan aku mcm aku manusia yg tak patut buat silap..
sampai terdetik kau nk hukum aku mcm tu..

kau pernah buang aku..
kau pernah tinggalkan aku..
aku pernah jatuh terduduk..
aku pernah hilang tempat bergantung..
aku pernah hilang kekuatan untuk terus hidup..
aku pernah terbayang gelapnya masa depan aku lepas kau tinggalkan aku..
tapi..
bila kau kembali..
aku lupa segala yg pernah berlaku..
aku seperti hilang ingatan..
aku seperti lupa kenangan buruk..
sebab apa?
sebab hati aku..
sekali aku sayang..
sampai mati aku cuba pertahankan.
sekali aku cinta..
sampai mati aku setia..
tapi kau..
kau tak pernah sedar semua tu..

maafkan aku..
bukan niat untuk aku mengungkit..
tapi untuk meluah sendiri pada kau..
sesuatu yg mustahil..
ini cara aku..
jgn halang aku..
terima atau tak..
terpulang..
andai kau terdetik kembali utk menjauh dari aku..
pergilah.
aku tau..
aku sedar..
siapa aku..
aku akur andai kau kata bahagia kau bkn dgn aku..
bahagia yg kau cari..
yg kau kejar cuma dgn dia..
dlm 6 org wanita yg kau sayang dlm hati kau..
aku mungkin yg ketujuh..
atau mungkin tiada langsung..

dlm 2 minggu yg membahagiakan aku ini..
banyak perancangan yg kita buat..
mampu tertunai atau tak..
entahlah..
takut untuk letak harapan yg terlalu tinggi..
sbb aku pernah merasa sakitnya bila sesuatu yg kita harapkan langsung tak tertunai..
andai segala impian aku yg aku ingin tunaikan bersama kau terkubur..
biarlah aku capai segalanya sendiri..
doakan aku..

maafkan aku..
aku tak tau kenapa..
tapi hati aku kuat terfikir..
yg antara kau dan dia..
kembali ada sesuatu..
dan bila2 masa sahaja..
aku bakal dicampak kembali...


Tuesday, August 6, 2013

last..

perasaan hari ni??
hmm..
mcm2..
sedih,hepi,terkilan,terase,kecewa..
pakej..
sbb ape?
ntah laaa..
abaikan..
senyum selagi mampu..

mlm ni balik kampung..
semoga perjalanan selamat semuanya..
tapi tak tau kenape..
jauh disudut hati..
aku rase mcm lain je..
tak rase gembira..
ah!!
tak nak cakap la..
bye

*maaf pada hajat yg tak tertunai..

from the deep..

"MAAF"


nasihat dari jauh

jangan takut terima kenyataan..
jangan takut hadapi kesulitan..
jangan takut melalui masa depan..
jangan menyesal bila pernah buat silap..
kerana..
kesilapan itu mendewasakan..
kesilapan itu mematangkan..
kesilapan guru terbaik..
dari kesilapan kita belajar untuk berubah..
dari peluang kita belajar untuk lebih menghargai..
jangan silap gunakan peluang..

kita manusia..
tak pernah lari dari kesilapan..
tak pernah jauh dari kealpaan..
tiada manusia sesuci nabi..
berjilbab,berkopiah,berjubah..
ketahuilah..
disebalik hati2 itu pernah juga terpalit dosa2..
inikan kita iman senipis mahu..
tekadlah..
tetapkan dalam hati..
cari jalan untuk berubah..
percayalah..
akan ada yang membantu..
akan ada yang menyokong..

mereka..
mereka juga manusia biasa..
mereka mampu berkata2..
tapi siapa mereka untuk menghukum..
jangan takut..
jangan gentar..
melainkan dengan Dia diatas sana..

bangunlah..
hadapilah sebaik mungkin..
aturkan sebaik2 perancangan..
minta pada Dia..
semoga segala dimudahkan..

*masih ada doa untuk kamu..
walau aku tak pernah lupa..
tentang perkara itu..=)