Monday, April 29, 2013

terjahitkah luka itu?


banyak perkara yang ingin aku lakukan..
banyak perkara yang ingin aku selesaikan..
ada masanya ingin saja aku mencari teman..
meluahkan apa yang terbuku..
meluahkan segala rasa kecewa dihati..
biar mereka tahu betapa lukanya hati ini..
betapa parahnya perasaan ini..
sendirian menanggung derita..
di balik senyum dan gelak tawa ini...
ada duka yang terpendam..
ada duri yang tertusuk dalam..
aku terpedaya dengan segala pura-pura..
aku termakan dengan semua pujuk rayu..
aku lemah..
dicari disaat terasa sepi, ditinggal disaat jemu bertamu..
aku penat menahan rasa..
aku letih berpura bahagia...
aku lelah dengan segala rasa..


*aku masih sayang*

Sunday, April 21, 2013

perpisahan????



merenung garis masa, saat dan detik yang berjalan...terus tanpa henti..tanpa menoleh kebelakang lagi..semakin meninggalkan kami..saat itu, baru aku tersedar hanya tinggal berapa waktu sahaja yang ada untuk kami mengakhiri penghujung semester ini...

dan saat itu juga menandakan bahawa aku dan mereka hanya tinggal berapa ketika sahaja untuk bersama..
jauh perjalanan kita bersama..sudah banyak juga yang kita lalui bersama..benar kata orang,semakin lama kita bersama,semakin banyak kenangan yang tercipta dan semakin susah untuk kita saling melupakan..

aku tersedar yang aku selalu alpa bahawa satu saat yang pasti, kita tetap akan berpisah..dan baru kini aku sedar bahawa detik itu semakin hampir..dekat sangat...hingga aku rasa teringin sekali untuk undurkan masa agar tiada air mata yang akan bergenang lagi..

selepas ini...siapa ingin aku rujuk andai ada rajuk dihati??siapa ingin kembalikan senyumku andai ada gelisah dihati??pada siapa lagi harus aku mengadu segala resah dijiwa??kini,aku akur...setiap pertemuan pasti akan hadir perpisahan...

p/s : saya sayang kamu semua...=(

Wednesday, April 17, 2013

KISAH KITA



Setiap kali melihat gabungan-gabungan gambar itu , hati aku terdetik pilu..segala kisah silam kembali
mencengkam..
entah bagaimana mahu dibuang jauh segala kenangan pahit yang menghimpit hati dan sanubari..
entah bagaimana mahu melihat suci, dalam palitan sejarah hitam semalam..
bukan mahu mengenang..bukan niat mahu hidup dalam kesedihan..
bukan juga mahu membiarkan diri terus terusan dalam ratapan..
dibelenggu kisah silam..aku,kau dan dia..juga aku dia dan mereka..
kisah kita..
sayu hati ini tatkala wajah-wajah itu kembali..
pilu tatkala wajah itu menerpa..
entah dimana lagi mahu di sembunyi..
duhai hati...tenanglah...

Saat ini...
yang tinggal hanyalah luka bernanah...
dulu dan kini..kau tetap yang sama..
sentiasa mahu berlalu dan kau tetap pilih jalan itu..
cukuplah...
jangan diulang kisah perpisahan itu lagi..
bagiku..terlalu sakit...terlalu pedih...

Kau..
mungkin kau masih belum mampu melihat...
mungkin kau masih belum dapat merasai..
mungkin kau rasa masih beum cukup...
dengan apa yang telah aku lakukan..
dengan apa yang telah aku korbankan..
yang kau jiwai hanya 'dia' yang sebelumku...
yang kau selami hanya 'dia' yang selepasku..
duka aku,hanya dalam kisah aku..
tiada dalam lipatan kisah diri kau..
luka aku,perjuangan aku..
perjuangan untuk kembali bangun..

Aku..
aku tidak pernah memaksa untuk kau memilih..
dan aku tidak pernah menidakkan yang benar..
tapi janji yang kau tabur..
janji yang kau semai..
aku genggam dalam setiap hembusan nafas aku..
airmata semakin kering..
hati semakin hiba..
senyum bagai dirobek..
semuanya kerana kamu..

Dan aku..
aku masih berdiri kerana masih mahu berjuang..
hanya bakal berhenti bila jiwa ini mati..
dan itu hanya akan berlaku saat jasad terpisah dari jiwa..

#capital H


Tuesday, April 16, 2013

pasrah~~






Bila ada air mata yang mengalir tanpa sedar... Saat itu terdetik di hati. Aku telah tiba ke penghujung tabah. Yang ada hanya pasrah. Meredah segala takdir yang ditulis.

Sunday, April 14, 2013

LEPASKAN~~





Pernah orang tanya, apa yang ex aku buat kat aku sampai aku susah sangat nak lupakan dia. Sampai aku tolak semua orang yang pernah untuk cuba dekat dengan  aku.. Aku sendiri tak ahu apa yang aku nak jawab bila orang ajukan soalan ni dekat aku. Aku serba salah sebab aku sendiri tiada jawapannya masa itu. Jurang pemisah antara aku dengan dia makin ketara bila ada orang ketiga datang.. Perlu kah aku menagih kasih orang yang dah curang dengan aku? Sejak aku dipermainkan, bagi aku, semua lelaki adalah sama..

Adakah aku layak untuk terima semua ini?. Aku tahu kejujuran tu  baik bagi diri kita berdua, tapi kejujuran yang kau bersama yang lain sedangkan kau masih lagi bersama aku? Adakah itu kejujuran yang sepatutnya aku dengar selama ini? Sia-sia saja aku percayakan kepercayaan yang kau berikan kepadaku selama ini!! Maaf, aku bukan perempuan  yang mudah kau permainkan hati dan perasaan!!

Maaf kerana aku tak pandai curang seperti mana kau curang kepadaku kerana hati aku cuma ingin satu.. Bila aku temui cinta dan sayang aku tak akan ada yang kedua atau selain dari kau, tapi tergamak kau permainkan dan persendakan hubungan yang  dibina selama ini?

Maaf, jika aku bukan terbaik bagi kau. Aku rela lepaskan kau kepadanya, aku lebih rela kau bahagia bersamanya walaupun hati aku sakit semua ini terjadi. Yang penting adalah kebahagiaan kau dan bukan aku, aku hanya seperti barang kau saja, bila kau perlu, kau cari dan bila kau tidak memerlukannya lagi, kau buang seperti sampah!.

Janji yang dulu kau taburkan masih lagi kugenggam erat agar ia kekal hingga ke jinjang pelamin bersamaku, tapi apa yang aku dapat dari janji kau?, adalah kesakitan!. Hati dan perasaanku hanya untuk yang benar-benar menyintai diri ini seadanya.

Monday, April 1, 2013

KETELANJURAN...

                      


Mungkin aku tak cukup solehah untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup baik untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup menjaga solatku untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup layak untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku bukan anak yang baik untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku banyak melakukan dosa-dosa sesama manusia sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku...
Mungkin aku banyak melakukan dosa-dosa yang sengaja mahupun tak sengaja sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku...
Mungkin aku tak ikhlas dengan kehidupan aku untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak istiqamah dalam meminta sesuatu hal sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku..
Mungkin aku tak bersungguh-sungguh dalam berdoa sehingga Kau tak mampu memberi keizinan untuk memakbulkan doa ku..

Maafkan aku Ya Allah kerana aku kini berada di hujung kekuatan..
Maafkan aku Ya Allah kerana aku berasa sedikit ragu tanpa sebab..
Maafkan aku Ya Allah kerana aku tahap kesabaran aku semakin menipis dan ketidakpuasan hati kian menebal..
Maafkan aku Ya Allah kerana hatiku sedikit terusik dan ingin menyalahkan-Mu. Maafkan aku.. Ampunkan aku..

Aku mahu minta daripada-Mu....
Aku mahu sedikit kekuatan dari kekuatan-Mu..
Aku mahu Kau sentiasa mencintai aku walaupon adakalanya aku melupakan-Mu..

Ya Allah, aku penat Ya Allah..
Jika kau cabutkan nyawa aku demi kebaikan semua, aku sanggup.. Tapi, Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah. Aku bukan hamba-Mu yang baik...