Sunday, March 31, 2013

WHY??

                                              
                                                 

kenapa aku tak boleh lupakan kau macam mana kau lupakan aku??kenapa aku tak boleh abaikan kau walaupun kau dah abaikan aku??? kenapa aku tak boleh tengok kau susah walaupun kau tak pernah nak ambil tahu kesusahan aku??? kenapa aku masih tolong kau walau hakikatnya aku bukan siapa2 lagi dekat hati kau??? kenapa kau tak pernah paham aku macam mana aku cuba paham kau?? kenapa aku tak boleh benci kau macam mana kau dah benci aku?? kenapa aku tak boleh buang kau dari hidup aku macam mana kau dah buang aku dari hidup kau?? kenapa aku masih perlukan kau sedangkan kau langsung tak perlukan aku???kenapa aku perlu buang air mata aku sedangkan kau tak pernah menangis untuk aku??? kenapa aku perlu menangis setiap kali kita berpisah sedangkan kau???kau!!!kau sangat gembira bila tinggalkan aku...kenapa aku tak boleh bukak pintu hati aku untuk orang lain sedangkan kau sudah ada pengganti??? kenapa kau masih cari aku sedangkan kau sudah punyai dia??? kenapa aku perlu sakitkan tubuh badan aku sedangkan kau tak pernah ambil tahu semua tu??

kenapa,kenapa dan kenapa?? kenapa tak pernah sikit pun kau cuba untuk ambil tahu apa aku rasa , apa aku mahu??? kenapa kau tak pernah nampak seksanya hidup aku lepas kejadian tu?? apa salah aku sampai ini yang kau balas untuk aku?? aku tak pernah jangka ini yang akan aku lalui selepas semua aku dah korbankan untuk kau..kenapa kau masih ada walaupun sebenarnya kau dah tinggalkan aku?? aku akui , aku pernah janji untuk jadi kawan kau..kawan!!! tapi aku tak mampu...aku tak boleh...kalau kau nak buang aku, tolong...jangan datang lagi...tolong , tolong dan tolong...aku tak pernah mintak harta kau..aku tak pernah mintak duit kau..aku cuma mintak keikhlasan dari kau..aku bukan patung! aku bukan tisu! aku bukan rokok!

aku teringin untuk bicara hati ke hati dengan kau.tapi aku sedar semua itu mustahil berlaku..sebab kau!!kau tak pernah cuba nk selami dalaman aku..kau cuma nilai luaran aku..kau buang aku,tapi kenapa ada ketika nya kau masih cari aku?? kenapa kau tak pernah sedar yang tiap kali kau datang, kau seperti bawa harapan untuk aku??? aku tak pernah kurangkan layanan aku pada kau walaupun aku sedar yang aku tak sepatutnya layan kau sebegitu!!! tapi kau??? kau dengan aku , tapi hati kau??? untuk dia?? kalau ada dia, kenapa mesti ada aku??? aku gembira , aku ketawa , aku senyum..depan kau!!itu semua palsu!!! itu bukan aku...

aku cuba benci kau..aku cuba dengar kata mereka..lupakan kau.lepaskan kau..pikirkan masa depan.tapi aku belum dapat kekuatan..selagi aku masih disini..aku menanti saat itu!!saat aku akn tinggalkan tempat ini..mungkin pada masa itu,kau mungkin tak akan wujud dalam hidup aku lagi...tapi aku tak pernah tolak perancangan Allah...

*sampai saat ini..aku ingt pesan mak aku..."JANGAN BENCI DIA, BIAR APA DIA NAK BUAT.."
  thankz mak.walaupun dia selalu buat anak mak sakit,selalu buat anak mak menangis , anak mak akan cuba kuat dan anak mak cuba untuk tak benci dia..

Friday, March 29, 2013

bebelan si kusut..


               






Assalamualaikum

Actually selepas insiden yang berlaku tiga bulan lepas..
sampai sekarang benda ni masih mengganggu aku..
Memang susah sangat nak lupa..
Benda tu akan selalu datang mengacau emosi aku..
Tak kira siang malam, Kadang sampai termimpi mimpi...

Emosi yang datang selalunya marah, geram dan berakhir dengan tangisan aku..
Aku memang tak suka disakiti...
Sakit badan ada ubatnya..
tapi kalau hati aku yang sakit..
kenapa susah sangat aku nak lupa...

Aku memang  tak boleh nak tipu diri sendiri..
Kadang aku cuba lari dari fikirkan pasal benda yang menyakitkan hati aku dengan mendekatkan diri aku pada tuhan..
Tapi selalu tak bertahan lama..
Mungkin aku tak ikhlas..
tak ikhlas dengan tuhan dan diri sendiri..
Dalam kata lain, aku sukar memaafkan...
Kalau luaran aku nampak macam tak bermasalah dengan perkara tu...
Tapi dalaman sebenarnya aku sangat sakit..

Takde siapa suka nak ungkit benda lepas..
Tapi kalau benda tu asyik mengganggu kita..
Aku memang tak boleh terima kalau aku disakiti tanpa sebab..
selalu aku akan tanya, kenapa kenapa dan kenapa..
Tapi aku tak pernah dapat jawapan..
Aku pun manusia biasa..
Ada hati dan perasaan benci, marah..
Aku pun bukan maksum macam nabi..
Aku tak boleh nak tipu diri sendiri..

Ada sesetengah perkara makan masa bertahun..
Tapi aku rasa macam baru semalam benda tu terjadi pada aku..
Setiap perbuatan, perkataan yang menyakitkan aku..
Biasanya aku akan ingat..
Benda tu macam tayangan gambar bergerak dalam kotak fikiran aku..
Memang sukar bagi aku nak lupakan..
Sebab aku memang seorang yang sangat beremosi..

Bila aku gembira aku rasa aku adalah orang yang paling gembira sekali kat dunia ni..
Tapi bila emosi aku terganggu...
Memang benda lama ni akan makan balik diri aku...
Dan aku akan ingat dan ingat dan ingat dan ingat dan ingat sampai bila bila!
Itu janji aku..
Masa tu hanya aku yang boleh tenangkan diri aku sendiri

Orang selalu cakap kalau kita mudah memaafkan, hati kita dan hidup kita akan lebih tenang..
Tapi bagi aku diri aku sendiri, cukup susah aku nak lupakan..
cukup susah aku nak maafkan siapa yang dah menyakitkan hati aku..
aku pun tak tahu kenapa...
tapi memang susah!

Aku dah penat..
Sangat-sangat penat dengan derita ini...
Penat dengan ketawa yang di buat-buat...
Penat dengan gembira yang palsu...


p/s; entri ni ditulis semasa emosi sangat sangat kacau,harap maklum! 2.37pm...:'(

Thursday, March 28, 2013

sayang tapi BENCI...


                  


Aku sayang kau, kerana sebab yang aku sendiri tak tahu..

Aku sayang kau, mungkin kerana hati ni buta dalam menilai lagi.

Aku sayang kau, mungkin kerana pandangan pertama yang selalu nya menipu.

Aku sayang kau, mungkin kerana ego. Ego untuk memiliki..

Aku sayang kau, mungkin kerana..aku betul-betul minat, suka, sayang, cinta pada kau..

Tapi..

Aku benci kau, bila kau anggap aku ni hanya bahan "pelega" bila kau terasa sunyi.

Aku benci kau, bila sanggup berbohong pada diri sendiri, takut berkata "ya" pada benda yang tak pasti. kalau macam tuh, sampai bila-bila pon kita tak kan move on, tak kan maju, tak kan berani belajar makna hidup.

Aku benci kau, sebab selalu berselindung di sebalik ego yang meninggi.

Aku benci kau, sebab selalu buat aku rasa serba tak kena. sebab selalu buat aku rasa tak berharga, sebab selalu buat aku rasa tak suka.

Sekarang..

Aku terima seadanya keadaan yang berlaku. kalau betul kita tak mungkin bersama, moga Allah bagi aku petunjuk. Moga Allah memudahkan aku melupakan kau. Moga Allah bukak kan ati aku terima orang yang selayak nya. Moga Allah menyenangkan segala urusan dan keinginan kau.

Sayang tak semestinya memiliki. biarlah masa jadi ubat nya. Kalau 1 hari nanti, kau terasa ada lagi space untuk aku duduk dalam hati kau. khabar-khabarkan lah berita gembira tu. Dengan harapan aku juga masih belum menjadi hak siapa-siapa..

Jangan keliru dengan kehendak hati. Jangan tertipu dengan ego yang meninggi. Jangan dikenang pada yang tak sudi. Jangan dinanti pada yang dah pergi.

 Dear mak, sila shortlisted kan calon-calon menantu terakhir anda. anakmu sudah penat..terlalu penat...:')

SEBULAN LAGI..



SEBULAN JE LAGI...kalau dipikirkan ini cara terbaik supaya aku boleh pergi terus dari hidup kau..in Shaa Allah aku akan redha..walaupun cara ini nampak kejam dan menyakitkan untuk diri aku sendiri, takpe...aku redha...dah tak lama lagi aku disini..mungkin inilah jawapan kepada persoalan yang aku persoalkan tapi kau tak pernah jawab..untuk sisa masa yang masih ada ni,izinkan aku untuk menyenangkan kau..walaupun tak seperti dulu, tapi aku tetap puas hati..

supaya nanti bila sampai waktunya, aku boleh pergi tanpa menoleh lagi..supaya nanti tak kan ada rasa sayang yang berbaki..supaya nanti aku boleh menjadi seorang perempuan yang lebih berhati-hati menjaga hati..aku pergi mungkin atas kehendak kau sendiri..aku pergi mungkin kerana kekurangan masing-masing  yg tak mampu untuk melengkapi..

walaupun aku rasa gembira tapi kau terpaksa,untuk apa? apa yg tinggal untuk kita nanti? walaupun aku sayang kau setengah mati,tapi kau seperti tiada rasa,bagaimana?? walaupun aku berdoa siang dan malam untuk hidup bersama kau,tapi kau pula tak usaha yg sama, apa gunanya?

sekarang,biar kita ikut jalan masing-masing..walaupun sakit dengan cara kau layan aku,aku pasrah..biar kifarah yg mencari kau..kalau ditakdirkan kita sampai ke penghujung yg sama,aku akan setia jadi peneman perjalanan kau selamanya..

dan sekarang juga, beri peluang pada yg berhak,beri masa untuk diri sendiri..kemudian kita akan sedar,siapa sebenarnya pelengkap hidup kita..hidup kau,hidup aku..walaupun sekarang aku sangat kosong..kosong dengan apa yg kau lakukan..peluang ada dimana-mana,dan kita yg memilih pilihan yg ingin dipilih..

dan bersyukurlah andai boleh membenci..mungkin dari benci,segala-galanya akan mati..hati,jiwa dan semua..dan mungkin pada saat itu,kita boleh menjauhkan jarak yg sememangnya semakin jauh..semoga apa yg kita lalui selama ini tidak akan terus kekal dalam hati..dan mungkin akan bertukar ganti..seperti kau yang sudah ada pengganti kini...=)

kini aku sedar,aku hanya mangsa permainan cinta kau.mangsa ujian penderitaan untuk kau..terima kasih MANTAN~~~

coretan 3.04 pm..

Tuesday, March 19, 2013

derita aku , bahagia kau

                                


Untuk kau, aku ada benda nak cakap. Aku tak pasti lama mana boleh bertahan. Kadang-kadang aku penat pujuk diri sendiri. Nak kata kau ada, macam tak ada... Nak kata tak ada, tiba-tiba kau muncul. Bila di pikir-pikir semula. Ada baiknya aku tak pernah kenal kau langsung. Tak tahu rupa bentuk kau. Tak ingat nama kau. Tak hairan dengan kewujudan akaun laman sosial kau. Dan yang paling penting, tak terdetik rasa suka pada kau. Kalau boleh biarlah aku benci kau seperti mcm mana 3tahun yang lalu. Teringin untuk aku pasakkan dihati seperti mana dulu. Kau sombong! Tapi semua rasa itu hilang lepas kau buat aku sayang kau..

Aku pun tak pasti, atas dasar apa aku terima kau. Mungkin ada perbezaan kau dengan kaum-kaum lelaki yang aku pernah kenal sebelum ni. Aku ni pun perempuan biasa. Yang ada masa rapuh hati nya. Bukan aku tak percayakan kau.  Tapi, kenang balik perangai pelik kau ni, sikit sebanyak hati aku sakit. Who I am in your life? Cari bila perlu, buang bila jemu?

Kita jadi semakin asing. Jauh dari rasa sendiri. Sepi dari perasaan sendiri. Aku cuba layankan apa saja kemahuan kau. Sampai aku pulak yang kena telan semua pedih dan kecewa tu dalam-dalam. Kalau kau pikir apa yang sedang terjadi sekarang ni adalah normal, aku sangat terasa. Sangat terasa.

Aku mengaku, aku ni bukanlah siapa-siapa. Tak ada aset berjuta. Tak secantik manis BEKAS-BEKAS kau. Rupa paras tak secantik mereka yang lain. Ya, mungkin taste kau lain. Dan aku dah lari jauh dari taste kau sebenarnya. Kalau begitu, nampak nya macam kau tak terima aku sepenuh hati.Apa kau cakap sebelum ni semuanya dusta..Kau pandai menipu..

Apa yang aku boleh cakap sekarang ni. Aku sendiri tak boleh jamin sejauh mana aku boleh bersabar. Aku bukan manusia tak berperasaan yang mampu sabar sampai mati. Tak!! Aku tak mampu lagi nak putuskan perasaan ni. Biarlah dia hilang sendiri. Kalau betul jodoh kita kuat, susah macam mana pun mesti Allah mudahkan.

Jangan biarkan aku berdoa sendiri. Jangan biarkan aku sendiri menahan cinta. Mungkin kau belum betul-betul paham. Macam mana pedihnya hati bila hilangnya orang yang kita sayang. Aku harap, jangan kau sia-sia kan peluang yang pernah aku bagi. Jangan kau sia-siakan rasa sayang aku ni. Jangan paksa otak aku untuk benci nama kau. Jangan paksa hati aku dari terus melupakan kau.Jangan kau pendam semua benda tu atas dasar ego.

Demi Allah, aku ikhlas sayangkan kau. Dari dulu, dan sampai bila-bila. Kalau ditakdirkan satu hari nanti, Allah tarik semula nikmat kasih sayang aku ni. Dan kalau semua benda tu terjadi..aku harap Allah makbulkan doa aku supaya pergi jauh dari hidup kau, tak kira di mata atau di hati. Aku mintak maap, mungkin waktu tu, aku dah tak boleh nak jadi kawan kau….

                                      "UNTUK KAU AKU UCAPKAN, SELAMAT HARI LAHIR....."

Coretan penat berdesign~~~ 03.26am...

Wednesday, March 13, 2013

janji dengan aku

                

Janji dengan aku...yang kau tak akan lupa segala kenangan antara kita.semua gelak ketawa, semua gurau senda, semua pilu hiba...semua pertingkaran yang menitiskan airmata. semua perbincangan yang penuh sengketa..semua yang berlaku pada hari pertama kita jumpa..semua kasih sayang dan ramah mesra..semua gambar dan video kita...semua kisah cinta tentang kita..semua tempat yang pernah kita singgah berdua..semua janji yang kita reka..semua perancangan yang kita cipta..semua masa depan yang mahu kita bina..semua cerita yang tidak patut dicerita..semua rahsia yang patut dirahsia..semua kata-kata..semua janji setia..semua masa..semua tentang kita...SEMUA...

Walaupun kita tak mungkin lagi dapat bersama, janji dengan aku satu perkara..janji yang kau tak akan lupakan aku dan semua kenangan antara kita..

"BERAT RASA HATI MELEPASKAN ORANG YG KITA CINTA UNTUK LIHAT DIA BAHAGIA..."

coretan keperitan...

aku kau dan dia

                              


Aku pernah berjanji dulu, Cuma kau yang satu..aku pernah kata dulu, hanya kau yang mampu..aku pernah bersumpah dulu, hanya kau yang aku mahu.. aku pernah sebut dulu, kau separuh dari jiwaku..

Kau juga kata yang serupa..kau juga pernah berjanji setia.. 

Tapi dengan tiba-tiba dia kembali..orang yang pernah bersama kau sebelum ini..orang yang pernah kau serahkan jiwa raga yang kau miliki..dan kau tersentuh hati bila dia mengenang semula cinta yg sudah mati..mungkin kau juga seerti..

Keadaan kita tegang dan semakin ada jurang..aku tidak mahu mengeruhkan suasana..aku mahu kau tapi kau mahukan dia..dan mungkin dia mahukan kau juga..aku tak akan menang walau apa cara aku cuba..jadi aku lepaskan kau walau hati ini berat aku rasa..

Dan hari ini, kau masih tetap dalam aku..setiap kali aku rindu, kau pasti muncul dulu..mungkin masih ada 'kimia' antara kita...tapi aku yakin,itu semua mustahil..namun,kau hanya boleh pilih satu..tapi bukan aku..kerana dia ada dalam hidup kau setiap waktu..

Pergilah kau bersama dia..aku rasa dia lebih sempurna..aku pernah janji dulu,akan cuba beri setiap benda yang kau minta..ambil coretan ini sebagai hadiah terakhir antara kita..kalau kau baca, tahan air mata..aku tak suka..aku cuma mahu kau bahagia, walau aku sentiasa dalam derita...

salam sayang..capital H...

kisah kita berbeza

                      


CINTA… mengenali sebuah cinta itu tidak semudah kita menyebut perkataan cinta itu sendiri.. seringkali telinga ini dibuai-buai lagu cinta dicorong radio..seolah-olah cinta itu tersangat indah..terkadang seperti terkena dengan kisah hidup sendiri..betul,sangat indah andai segalanya sempurna. Tapi bila retak dan perlahan-lahan menanti saat datangnya pecah itu, cinta yang selama ini dipuja,hanya indah khabar dari rupa..

Pernah aku cuba untuk jadikan cinta itu mudah.. kerana aku sudah bosan putus cinta disebabkan kesukarannya.. Setahu aku, cinta itu tidak menyusahkan… Cuma dengan sedikit ego, perasaan tidak puas hati, tidak setia , janji yang terabai, penantian yang tiada penghujung, salah sangka, dan 1001 perkara yang menyakitkan menyebabkan cinta yang indah itu menjadi kotor..

Dan aku pernah gagal..cinta itu tak semudah yang aku sangka..tidak semudah juga untuk menyebutnya..menjaga cinta umpama menjaga seorang yang langsung tidak kita kenali..berkawan bertahun tidak bermakna kita layak untuk menjaga hatinya..menjaga hati kawan yang berlainan jantina lebih mudah dari menjaga hati seorang kekasih..

Aku pernah merasai penyesalan bila mengorbankan cinta pertama..
Aku pernah merasai kekejaman dalam cinta kedua..
Aku juga pernah merasai kegagalan cinta ketiga walau setiap masa aku menjaganya..

Tapi aku tidak pernah meletakkan seratus peratus kegagalan setiap kisah cinta aku di bahu mereka..kerana aku sendiri pernah melakukan kesilapan. Dan aku sendiri tidak pernah menyesal dengan kegagalan itu..kerana aku sedar,adalah lebih baik aku memulakan sesuatu yang baru dari aku meratapi kegagalan yang sudah berlaku…

Cinta juga mengajar aku..bahawa perkataan “MAAF”  tidak akan menjanjikan dua hati bersatu kembali..dan sebagaimana janji itu mudah diungkap, mudah lagi untuk memungkirinya dari mengotakannya..terima kasih cinta untuk segalanya..

TAHNIAH…kerana kau dan aku berjaya membuatkan cinta itu jadi KOTOR…

Coretan 1.03am…

Tuesday, March 5, 2013

dendam dyla...

                      

   Aku masih disudut ini, kali ini aku tidak memerhati, tidak berdaya lagi untuk berdiri, terduduk longlai memeluk diri, mengharap mati menjemput pergi...Apa lagi salah aku? Salah kerana memilih menjadi diri sendiri? Aku tak pernah minta diciptakan begini, aku tak pernah minta dikenali, jauh sekali diminati, aku hanya mahu jadi aku, ya!...aku yang telah kau buang itu. Dan disini..Aku masih berdendam..
               
   Bukan aku tak pernah cuba. Banyak kali cuba tapi ternyata aku gagal. Gagal dalam memberi sebuah kemaafan,gagal memaafkan dan masih berdendam. Ingin aku menjerit.. “Sedang kan nabi maafkan umat ni kan pula kau..”  Suara seorang sahabat..
               
   Aku takut untuk beri kemaafan kerana perbuatan itu melukakan. Aku takut jika aku dengan mudah pasrah menyebut kata maaf sedangkan hati aku akan sewenangnya di jadikan mainan .. “xpe..dah berapa kali aku sakitkan dia dan dia tetap maafkan aku..” Aku takut dgn monolog itu yg mungkin sentiasa bermain dalam hati dia!
              
    Aku bukan nabi!! Kau jangan lupa itu semua. Aku tidak punya kemulian sorang nabi walau aku umatnya dan berusaha keras untuk berperibadi seperti baginda. Sekarang antara berusaha menjadi baik dan sedia ada baik adalah  dua benda yang punya banyak beza. Betul kan?
               
    Bila aku fikir… Aku letih..Aku letih berdendam kerana dendam itu memenatkan. Tak percaya? Cuba la kau berdendam dengan sapa-sapa. Aku nak tengok kau bersenang lenang dengan dendam tu.. Dendam itu sakit. Menyakitkan. Hati kau yang sudah hancur lumat tinggalkan bekas yang tidak akan hilang walaupun kau buang hati kau. Pasti!!
               
    Jadi aku fikir.. Dan terus berfikir. Boleh ke aku cuba belajar untuk memaafkan. Belajar maksudnya aku perlukan masa untuk latih diri memberi sebuah kemaafan. Mungkin maaf boleh di beri bila tamat proses pembelajaran aku nanti tapi mampu ke aku melupakan dendam selepas kemaafan aku bagi? Ikhlas ke aku bagi kemaafan tapi sebenarnya aku tidak pernah memaksudkan?
               
     Sudahnya aku belajar maafkan diri aku dulu sebelum aku maafkan orang.itu penyelesaian yang tepat dapat aku fikirkan…

Coretan dendam 3.26 pm..

Monday, March 4, 2013

kami tetap kawan...

                               

     Tak tahu di mana silapnya. Sebab pada dasarnya, jika kesilapan kita benar telah dimaafkan, rasanya nak berkawan balik bukanlah satu perkara yang mustahil. Tiada sebab untuk terus berdendam. Mungkin sedikit berkecil hati, mungkin  ada kata amarah terluah dari kekasih yang ditinggalkan, mungkin malu , mungkin mahu lupakan terus. Mungkin. Persoalan yang sering berlegar apa nak buat bila putus cinta .Hmm, putus cinta , bukan putus kawan kan ?
               
  "Maafkan saya, boleh?' . Mungkin salahnya dari kita. Kita saja rasa dia seolah membenci kita, dan merasakan kita tak wujud. Ye, itu bagi kita. Namun bagi dia, bila dia berdiam , buat tak tahu , bukan bermakna tidak ambil tahu, bukan bermakna dia tak sayang kita, apatah lagi lupakan kita.Mungkin itu cara dia. Mungkin dia mahu ambil masa menenangkan jiwa. Menerima hakikat kekhilafan kita yang lama, menerima hakikat dia dan kita tiada apa. Dan mungkin tidak mahu mengganggu kita. Atau hakikatnya dia sudah berpunya. Masing masing ada hidup untuk dijaga..
               
  "Saya dah maafkan awak. Dan takde apa lagi yg perlu dimaafkan..". Yelah, jika fikirkan rasa bahagia dan kebaikan dia yang terhulur untuk kita, pastinya ia lebih banyak dan indah berbanding sedikit rasa tak suka yang wujud dalam hati kita. Sedikit. Melainkan kalau alasan tak munasabah atau ditinggalkan tanpa alasan, itu sedikit sakit. Tapi mampu dirawat dengan masa, In Shaa ALLAH. Perlahan-lahan…
                
Jadi apa kata, kita terima hakikat, dengan move on. Betul!! bukan senang nak move on. Kita akan tercari-cari bagaimana cara nak move on. Cara nak lupakan bekas kekasih kita , bukan senang nak lupakan Ex kita bukan ? Tapi kalau dia boleh lupakan kita , kenapa tidak kita?? walaupun cakap memang senang , tapi jika dulu kita boleh sendiri , kenapa sekarang susah sangat, perlahan-lahan, dengan izin Tuhan ..
              
  Hiduplah dengan menghargai keadaan yang baru ,menghargai keadaan sekarang , masa single kita - sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti atau menghargai orang yang bersama kita..Sebelum kita pula kehilangan apa yang kita ada.. Biarlah kenangan menjadi kenangan sahaja. Doakan bekas kekasih kita. Semoga dia bahagia dunia akhirat dia.
               
  Jika berpeluang melupakan rasa yang sakit dahulu, dan menjadi kawan semula. Hargailah beliau sebagai kawan baik kita. Hormati kehidupan peribadinya dan jangan diungkit perkara yang lama. Belajarlah menerima hakikat. Dengan senyuman…
                
   Untuk bekas kekasihku.., terima kasih kerana pernah memberi rasa cinta , rasa bahagia dan pernah menjaga . Harap semuanya saling memaafkan dan menerima . Bersyukurlah pernah menyulam rasa, dan ingatilah aku sebagai kawan yang sedang mencuba untuk menjadi kawan terbaik untuk kau... :)


Coretan khas untuk sang Mantan…7.01 pm..

Sunday, March 3, 2013

RAJA & RATU AKU..T_T





orang tau orang bukan anak yang baik...
orang tau orang bukan anak yang selalu patuh...
orang tau orang pernah derhaka dan sakitkan hati mak ngan ayah...
orang tau orang banyak bebankan mak ngn ayah...
orang tau orang banyak dosa dgn mak ngn ayah........

tapi...
orang sayang mak & ayah sangat2...
lebih dari nyawa orang sendiri...
lebih dari segala yang orang perolehi...
orang selalu janji dengan diri orang sendiri...
orang akan cuba kejar kejayaan...
walaupun orang pernah gagal...
demi kegembiraan mak dengan ayah dunia akhirat.....

mak tahu tak...
dalam satu hari...
orang selalu nak tefon mak....
orang selalu nak dengar suara mak...
walau orang tak tau nak cakap apa, janji orang dengar suara mak..
tapi..
setiap kali orang nak tefon,
orang serba salah...
orang takut mak penat nak layan orang...
orang takut ganggu masa rehat mak...
jadi orang diamkan je...
orang simpan rindu orang dalam hati...

ayah...
orang tau orang xrapat dengan ayah..
orang tau orang tak selalu cium ayah...
orang cium ayah time raya je...
tapi..
orang sayang ayah sangat..
sebab ayah tak garang dengan anak2 ayah..
ayah tegas dalam didik kami..
ayah tak pernah marah kami..
walau ayah tak pernah marah kami...
kami tetap hormat ayah...
terima kasih ayah...

setiap hari orang doakan mak dengan ayah selalu...
biar Allah tak beri kesihatan baik pada diri orang...
asal Allah beri kesihatan baik pada ayah dengan mak....
biarlah mak dengan ayah peroleh syurga...
biarlah penat lelah mak dengan ayah dibayar disana...

salam rindu dari anak mak ayah yang jauh...semoga mak ayah sentiasa dibawah lindungan Nya..

coretan kerinduan 2.45 pm...T_T

Saturday, March 2, 2013

aku bodoh kerana memberi peluang.. kau bodoh kerana khianati peluang..



Sekali kau dah angkat kaki pergi,jangan pernah berharap untuk kembali. Dulu mungkin kebodohan mengusai diri,tapi dulu lah. Beri peluang kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam sama sahaja seperti aku menyerahkan hati untuk disiat-siat hingga musnah,walaupun jauh di sudut hati aku masih mengharapkan kau akan berubah. tapi aku yakin,kau xkan pernah berubah selagi belum ada yg layak merubah kau.

  Mungkin kau tak pernah tahu erti dikecewakan sebab itu kau sentiasa mengecewakan hati orang lain,tapi InsyaAllah suatu hari nanti akan tiba waktunya di mana kau juga akan merasai perasaan itu. Bezanya cuma antara cepat dan lambat sahaja. Masanya pasti akan hadir dalam hidup kau. ini doa aku,ini permintaan aku..kata seorang teman.."doa org yg teraniaya ni selalunya termakbul.." dalam hati, aku sentiasa menanti. bukan untuk melihat kau rebah,tp untuk melihat kau sedar kuasa Allah..

  Bukan sekali,bukan dua kali tapi berkali-kali aku jatuh,dan aku sentiasa bangun tanpa kau di sisi. Bila aku sudah mula gagah berdiri,nescaya kau akan muncul taburkan janji-janji yang tak pernah kau tunaikan. Stop cheat on me ! Bukan niat untuk berdendam tapi cuma aku mahu kau rasa peritnya rasa bila kau dikecewakan oleh orang yang kau sangka akan beri kau senyuman yang berkekalan.

  Sekian kalinya,dengan lafaz bismillah. Akan ku tutup dan keraskan hati dari kembali bercinta lagi. Tapi aku sedar dgn ketentuan. Andai Dia bukak kembali pintu hati aku,siapa aku untuk menolaknya. Seandainya kau jumpa sesorang sebagai pengganti aku,jika kau bahagia. Aku tumpang gembira ! Andai kau merana, tiada apa yg patut aku kata..fikirlah..

  Aku ? sudah berhenti berharap dan menunggu. Just move on even sometimes it's hurt. Aku yang punya hati tetapi sentiasa disakiti terus dikaburi dengan kebangangan dan terima kau dengan tangan yang terbuka. Sebab aku terlalu naif. Ya ! Tetapi itu dahulu.dahulu.dahulu!!

 Mungkin terlalu banyak kenangan dan impian yang kita bina. Nak tahu apa akan aku buat dengan segala impian dan kenangan itu ? Aku akan bakar dan lupuskan dari kotak ingatan aku. Pasti !! tapi boleh kah???kata orang,jgn suarakan yg kita tak boleh selagi kita belum mencuba..

coretan penuh kekusutan 3.53 pm..


Friday, March 1, 2013

KEMBALI SEPI..







DIA

Semalam bagai ada anugerah buat aku. Di saat letih, penat, kesal, sakit hati dengan segala apa yang dilalui selama ini, berdiri di sisi aku seorang insan yang pernah bertakhta di hati aku, seorang insan yang amat aku nantikan, seraut wajahnya menghilangkan segala tekanan yang ada di dalam jiwa. Bagaikan bermimpi, adakah dia di depan aku sekarang ini? Nyatanya aku bukan di alam khayalan, aku berada di sampingnya, kala itu, di dalam kehidupan.kehidupan realiti.bukan lagi mimpi..

Namun,pertemuan itu hanya seketika cuma.Aku akur..Aku pasti, perpisahan itu akan kembali berlaku. dan,ya!
sudah pun berlaku..Aku serik untuk meletak harapan yg terlalu tinggi. Aku takut untuk jatuh lagi. Bukan mudah untuk aku kembali bangun. Mencari yg telah aku hilang. Aku gagal.Gagal melawan perasaan..Dan sekarang..aku kembali kehilangan. Sepi itu kembali menjadi teman..Tangis itu menjadi sandaran.

KAU

Kau kejam! Kau bunuh harapan aku. Kesedihan lama masih berbekas.Kau kembali,kau pergi dengan kesedihan baru. Saat ini,aku gagal mencari hala tuju.Apa salah aku,Apa silap aku,Apa kurang aku..Runsing..sekali lagi aku terkena. Kau khianati peluang. menyakitkan, membebankan, mendustakan..Harapan aku,kau yg akan mendorong aku tatkala aku lemah, kau yg akan menyokong aku tatkala aku rebah..Malang, siapa aku untuk rasa semua itu..Kau! Kelubuk mana pun kau berlari..aku yakin, aku pasti..Ada pengajaran untuk kau satu hari nanti..Sedarlah Sang mantan..Aku bukan boneka..Wujudku bernyawa..Lahirku berperasaan..Andai ingin pergi..Pergilah!jangan berniat untuk kembali..

AKU

Diam..Mungkin diam akan menampakkan jalan terbaik untuk lari dari 1001 masalah. Biarkan aku membawa diri. Walau kemana aku pergi, Walau kemana kau berlari, Walau dimana aku bersembunyi, Walau dimana kau menyepi...pasti..suatu hari nanti,kita bertemu kembali..Walau mungkin ketika nyawa berpisah dari jasad.Aku pasti detik aku akan mengerti..Kini..sepi kembali menghantui..Rasa bersalah bertandang di dada kembali..Rasa menyesal merasuk diri..Hingga tak pasti mana harus aku pergi..mana harus aku selami..Apa lagi harus aku lakukan..Untuk kembali manawan hati..walau sakit,Aku terima.ini yang terakhir..

"INGIN SAJA AKU MENANGIS..BILA SEPI INI BERTAMU LAGI...
BERMAIN DALAM SETIAP KENANGAN..
SENYUMAN YANG HADIR HANYALAH PENEMAN DUKA..
BIARLAH HANYA AKU YG MERASA, BETAPA SEPI INI MENGGURIS..
MENITIS LAGI..
NAMUN TAK SIAPA TAHU..TAK PERLU DI UBATI.
BIARKAN SAJA AKU DIAM, ITU SAJA DAMAIKU..
AKU TETAP DIAM.."

coretan kesalan 10.27 am..