Saturday, March 2, 2013

aku bodoh kerana memberi peluang.. kau bodoh kerana khianati peluang..



Sekali kau dah angkat kaki pergi,jangan pernah berharap untuk kembali. Dulu mungkin kebodohan mengusai diri,tapi dulu lah. Beri peluang kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam sama sahaja seperti aku menyerahkan hati untuk disiat-siat hingga musnah,walaupun jauh di sudut hati aku masih mengharapkan kau akan berubah. tapi aku yakin,kau xkan pernah berubah selagi belum ada yg layak merubah kau.

  Mungkin kau tak pernah tahu erti dikecewakan sebab itu kau sentiasa mengecewakan hati orang lain,tapi InsyaAllah suatu hari nanti akan tiba waktunya di mana kau juga akan merasai perasaan itu. Bezanya cuma antara cepat dan lambat sahaja. Masanya pasti akan hadir dalam hidup kau. ini doa aku,ini permintaan aku..kata seorang teman.."doa org yg teraniaya ni selalunya termakbul.." dalam hati, aku sentiasa menanti. bukan untuk melihat kau rebah,tp untuk melihat kau sedar kuasa Allah..

  Bukan sekali,bukan dua kali tapi berkali-kali aku jatuh,dan aku sentiasa bangun tanpa kau di sisi. Bila aku sudah mula gagah berdiri,nescaya kau akan muncul taburkan janji-janji yang tak pernah kau tunaikan. Stop cheat on me ! Bukan niat untuk berdendam tapi cuma aku mahu kau rasa peritnya rasa bila kau dikecewakan oleh orang yang kau sangka akan beri kau senyuman yang berkekalan.

  Sekian kalinya,dengan lafaz bismillah. Akan ku tutup dan keraskan hati dari kembali bercinta lagi. Tapi aku sedar dgn ketentuan. Andai Dia bukak kembali pintu hati aku,siapa aku untuk menolaknya. Seandainya kau jumpa sesorang sebagai pengganti aku,jika kau bahagia. Aku tumpang gembira ! Andai kau merana, tiada apa yg patut aku kata..fikirlah..

  Aku ? sudah berhenti berharap dan menunggu. Just move on even sometimes it's hurt. Aku yang punya hati tetapi sentiasa disakiti terus dikaburi dengan kebangangan dan terima kau dengan tangan yang terbuka. Sebab aku terlalu naif. Ya ! Tetapi itu dahulu.dahulu.dahulu!!

 Mungkin terlalu banyak kenangan dan impian yang kita bina. Nak tahu apa akan aku buat dengan segala impian dan kenangan itu ? Aku akan bakar dan lupuskan dari kotak ingatan aku. Pasti !! tapi boleh kah???kata orang,jgn suarakan yg kita tak boleh selagi kita belum mencuba..

coretan penuh kekusutan 3.53 pm..


No comments:

Post a Comment