Wednesday, March 13, 2013

aku kau dan dia

                              


Aku pernah berjanji dulu, Cuma kau yang satu..aku pernah kata dulu, hanya kau yang mampu..aku pernah bersumpah dulu, hanya kau yang aku mahu.. aku pernah sebut dulu, kau separuh dari jiwaku..

Kau juga kata yang serupa..kau juga pernah berjanji setia.. 

Tapi dengan tiba-tiba dia kembali..orang yang pernah bersama kau sebelum ini..orang yang pernah kau serahkan jiwa raga yang kau miliki..dan kau tersentuh hati bila dia mengenang semula cinta yg sudah mati..mungkin kau juga seerti..

Keadaan kita tegang dan semakin ada jurang..aku tidak mahu mengeruhkan suasana..aku mahu kau tapi kau mahukan dia..dan mungkin dia mahukan kau juga..aku tak akan menang walau apa cara aku cuba..jadi aku lepaskan kau walau hati ini berat aku rasa..

Dan hari ini, kau masih tetap dalam aku..setiap kali aku rindu, kau pasti muncul dulu..mungkin masih ada 'kimia' antara kita...tapi aku yakin,itu semua mustahil..namun,kau hanya boleh pilih satu..tapi bukan aku..kerana dia ada dalam hidup kau setiap waktu..

Pergilah kau bersama dia..aku rasa dia lebih sempurna..aku pernah janji dulu,akan cuba beri setiap benda yang kau minta..ambil coretan ini sebagai hadiah terakhir antara kita..kalau kau baca, tahan air mata..aku tak suka..aku cuma mahu kau bahagia, walau aku sentiasa dalam derita...

salam sayang..capital H...

2 comments:

  1. ayat nak lebah lebo huhu nak copytp xley pon kak dyla?
    ayat nie utk sape?

    ReplyDelete
  2. UTK ORG YG BNYK BUAT AKU DERITA...AHAHAHA..

    ReplyDelete