Wednesday, March 13, 2013

kisah kita berbeza

                      


CINTA… mengenali sebuah cinta itu tidak semudah kita menyebut perkataan cinta itu sendiri.. seringkali telinga ini dibuai-buai lagu cinta dicorong radio..seolah-olah cinta itu tersangat indah..terkadang seperti terkena dengan kisah hidup sendiri..betul,sangat indah andai segalanya sempurna. Tapi bila retak dan perlahan-lahan menanti saat datangnya pecah itu, cinta yang selama ini dipuja,hanya indah khabar dari rupa..

Pernah aku cuba untuk jadikan cinta itu mudah.. kerana aku sudah bosan putus cinta disebabkan kesukarannya.. Setahu aku, cinta itu tidak menyusahkan… Cuma dengan sedikit ego, perasaan tidak puas hati, tidak setia , janji yang terabai, penantian yang tiada penghujung, salah sangka, dan 1001 perkara yang menyakitkan menyebabkan cinta yang indah itu menjadi kotor..

Dan aku pernah gagal..cinta itu tak semudah yang aku sangka..tidak semudah juga untuk menyebutnya..menjaga cinta umpama menjaga seorang yang langsung tidak kita kenali..berkawan bertahun tidak bermakna kita layak untuk menjaga hatinya..menjaga hati kawan yang berlainan jantina lebih mudah dari menjaga hati seorang kekasih..

Aku pernah merasai penyesalan bila mengorbankan cinta pertama..
Aku pernah merasai kekejaman dalam cinta kedua..
Aku juga pernah merasai kegagalan cinta ketiga walau setiap masa aku menjaganya..

Tapi aku tidak pernah meletakkan seratus peratus kegagalan setiap kisah cinta aku di bahu mereka..kerana aku sendiri pernah melakukan kesilapan. Dan aku sendiri tidak pernah menyesal dengan kegagalan itu..kerana aku sedar,adalah lebih baik aku memulakan sesuatu yang baru dari aku meratapi kegagalan yang sudah berlaku…

Cinta juga mengajar aku..bahawa perkataan “MAAF”  tidak akan menjanjikan dua hati bersatu kembali..dan sebagaimana janji itu mudah diungkap, mudah lagi untuk memungkirinya dari mengotakannya..terima kasih cinta untuk segalanya..

TAHNIAH…kerana kau dan aku berjaya membuatkan cinta itu jadi KOTOR…

Coretan 1.03am…

No comments:

Post a Comment