Monday, September 30, 2013

jangan hipokrit!!

jangan jadi hipokrit!!
aku tgh banyak masalah..
jangan tambah masalah aku..
jgn buat aku terbeban dgn masalah kau..
bukan baru sebulan dua aku perhati kau..

ya!
mungkin aku selalu dengar masalah org..
tapi untuk menyokong sesuatu benda..
tak semudahh aku mendengar...
jangan kutuk dia..
jgn hina dia..
buruk baik dia..
dia darah daging aku..

mungkin dia pernah tersalah langkah..
aku juga..
dan kau juga..
juga mereka diluar..
tapi siapa kau untuk menghukum..
syurga kau pada dia..

dosa dia pada kau..
kenapa hukum yg melahirkan dia..
kenapa bukan pada dia..
kenapa pada kami darah daging dia..
sejauh mana kepalsuan air mata kau..
aku mula hilang rasa hormat..

tak tahu nak kata..
sekadar secetek ilmu yg aku ada..
dan sekadar pengalaman yg aku tahu..
dan sekadar apa yg aku pernah dengar..
"sekiranya suami tak hidup ikut landas islam yg betul..
si isteri layak untuk tidak patuh pada suami..
dan si isteri berhak untuk tuntut fasakh"

tak guna solat siang malam andai ada sesuatu antara kau dan dia..
darjat dia sebagai suami masih ada..
aku dah bg jalan..
bukan untuk memusnahkan..
kau dah cukup dewasa untuk berfikir..
kalau rasa kasih sayang kau cukup untuk besarkan mereka sendirian..
teruskan dgn apa yg kau hajatkan..


*mak...belum pernah ada dalam sejarah keluarga..doa mak mustajab.doa la...:'(

hujan...dunia seakan memahami..

" I DONT NEED ANYONE TO TAKE ADVANTAGE OF MY WEAKNESSES OR MY STRENGHTS...I JUST NEED SOMEONE WHO WILL APPRECIATE ME FOR EVERYTHING THAT I AM.."

PEMBUNUH!

aku tahan air mata..
aku cuba..
tapi aku tak mampu..
bila aku ingat..
apa yg aku baca..
apa yg aku nampak..
sakit..
itu rupanya balasan dia..
jelas..
padanlah mesej aku dibiar sepi..
ada udang disebalik mee..
baru sehari..
aku dibalas dgn ajaran itu..
belum setahun..
belum seabad..

dosa apa lagi pada kau..
mesra...
manja..
istimewa..
pengganti baru..
tahniah..
"dear ex..saya bahagia tanpa awak..
lg bahagia bila ada pengganti awak.."
sungguh aku tak sangka..
seminggu..
aku dipermainkan..
hebat!
ternyata kau hebat..

tarik nafas...
sedarkan diri!!
'kau kata cuma kawan,kenapa ada cemburu??'
"aku kawan dia..tapi dia bukan kawan aku!!"
biarlah..
sekurang2nya aku nampak sendiri..
bukan ditikam belakang..
bukan disimpan dalam diam..
dan aku tak rasa tertipu..
mungkin itu cara dia untuk sedarkan yg aku memang patut pergi..
baiklah..
cuma doakan aku..
doakan aku tak berdendam..
kerana bila aku ada dendam..
permintaan aku tak pernah padam..
doa aku kembali bersulam..

apa patut aku buat?
entahlah..
diam?
mungkin perlu..
tunggu?
untuk apa kalau menyakitkan..
minta penjelasan?
segalanya cukup jelas..
dunia sosial?
biarlah aku menyepi untuk seketika..
sampai bila?
mungkin esok,mungkin lusa..
kerana..
lebih baik tak tahu dari nampak yg menyakitkan..
bermainlah kau sepuasnya..
semahu kau..

berbahagialah kau..
kau selayak manusia..
untuk cari yg terbaik..
nyata dan jelas aku bukan yg terbaik..
aku jahat ditangan org yg baik..
terima kasih..

teringat bersama mereka seketika tadi..
"kau nampak tak hepi..kenapa?"
aku kusut..
"muka kau pucat..
mana eye liner,mascara bagai sume?"
luaran aku bayangan dalaman aku..
"badan kau nampak susut..."
oh ye???mmg tu yg aku nk dgr..
"ktorg tawu kau tgh gundah gulana.."
hidup tak hepi mmg la gundah gulana..

timbang berat..
yeah!!!
berat yg naik dulu kembali susut..
susut melebihi sebelumnya..
alhamdulillah..
bila ada masalah..
bila terlalu memikirkan sesuatu..
aku tak kan ambil peduli hal mkn aku..
aku tahu..
aku akur..
masalah derita perut yg aku alami skrg punca aku abai segala benda..
biarlah..
biar mati cepat..
cukuplah wali2 aku menanggung dosa2 aku..
oh ya...
kau kan suruh aku kurus..
no wonder lah kau hadiahkan masalah kt aku berduyun2..
terima kasih...
kau pembunuh semangat aku..

aku nak lari..
lari dari masalah..
tapi aku sedar..
semakin aku lari semakin dia menghantui...
aku mahu berbicara..
tentang segalanya..
tapi aku juga sedar..
itu bukan cara dia..
aku mahu menjauh..
tapi aku tahu aku tak kan mampu..
aku mahu pergi..
tapi aku takut sekiranya akan kembali..
tuhan..
bantu aku..
atau..
ini dugaan bila aku kembali dekat kepadaMu..
luka lama mula bernanah dan kembali berdarah..
juga semakin parah..



"hati manusia yang kecewa umpama pinggan yg pecah berderai....jika disambung semula sekalipun belum tentu dapat bentuk asalnya...dan PARUT nya masih jelas kelihatan..."

Sunday, September 29, 2013

Kerana kita hanya KAWAN..

Kerana kita hanya KAWAN.
Perbualan dan perbuatan kita tidak perlu menjangkau jauh dari batasan..

Kerana kita hanya KAWAN.
Setiap titik rasa hati itu perlu diperjelaskan agar tiada yang makan hati..

Kerana kita hanya KAWAN.
Setiap luahan yang diberi dibalas dengan nasihat yg penuh misteri..

Kerana kita hanya KAWAN.
Setiap langkah perjalanan memberikan aku kekuatan dan keberanian..

Kerana kita hanya KAWAN
Perbuatan kamu menimbulkan segala resah di dalam hati..
Itu bukan KAWAN..

Kau....?
Kenapa kau masih ada di sini?
Kenapa kau masih aku rindui?
Kenapa kau tidak pernah jauh dr sudut hati kecilku?
Kenapa kau sentiasa ada ketika aku dipalu rasa kecewa?

Kerana..
Kau hadir untuk melihat duka..

PUAS HATI!!!

GAMPANG!!
BODOH!!
BABI!!
SIAL!!
PUAKA!!
CELAKA!!
PENIPU!!

*ok..sume ni memang datang dari hati yg tulus!!

kosong..satu..dua..dan tiga...

renungan ajal..
hmm..
aku tak tahu kenapa..
tp dua tiga hari ni hati rasa mcm kosong je..
nak kata sedih...
mungkin..
tp sebenarnya tak la sgt..
nak kata hepi pon tak..
tak tau lah..
tak tau mcm mana nk terang..

aku pernah ditinggalkan..
bkn baru sekali..
tp dah berkali2..
aku tak tau apa perasaan aku andai aku akan lalui lg semua tu..
mampu ke aku?
atau mungkin aku terduduk lg?
terkadang hati ni seperti rela untuk dia pergi sekali lg..
bukan meminta..
tp sejujurnya aku takut..
aku sedar aku bukan selayaknya merasa cinta dia..
jawapan dia buat aku sedar benar siapa aku sebenarnya..
tak tahu pihak mana patut disalahkan..
bukan tak pernah cuba untuk mempercayai..
tp segala itu pernah hilang terkubur satu ketika dulu..
untuk pupuk kembali semua itu bukan mudah..
sebulan dua bulan?
mana mungkin..
kau harus kuat melayan aku..
sementara menanti kepercayaan itu kembali..
dan aku..
perlu bangkit..
perlu pupuk kembali..
sesuatu yg pernah retak dulu..

terkadang..
kau mendiam dalam jauh..
aku menanti dalam pergi..
hati ini berbelah bagi..
fikiran ini tak pernah terhenti..
untuk kau..
biar aku luah disini..
bukan aku cuba menjauh..
bukan niat mahu menuduh..
dari kau sendiri..
aku cuma kawan..
lantas dgn itu..
aku paksa letak aku sebagai kawan..
cemburu itu aku simpan sendiri..
walau hati berbalam berduri..
sbb?
aku cuma kawan..
aku cuba jd kawan..
aku paksa mengaku kawan..
aku cuba dgr masalah sbgai kawan..
tp kau lawan..
kenapa?
kan aku cuma kawan..
aku sentiasa mahu cari kau..
aku sentiasa perlukan 'kawan'..
tp bkn sbgai 'kawan'..
tp aku hanya kawan..
biarlah aku tunggu kau sbgai kawan..
kawan yg cuba jadi kawan kau..
tapi..
dari aku..
kau bukan kawan..
nak panjang bicara..
aku tak mampu..
aku tak punya kuasa untuk ubah apa2...
biarlah aku sakit sebagai kawan..
dari sakit sebagai 'teman'..

hanya satu aku mahu..
hanya satu aku perlu..
KEPERCAYAAN..
pulangkan..
walaupun sebagai kawan..


Friday, September 20, 2013

hati bermonolog jasad

'dila..kau oke?'
aku tgh sakit..
kau duduk diam2..

'dila..kau kenapa?'
aku kata diam!
jangan banyak tanya..

aku sedih..
aku kecewa..
selama aku ada disini..
disisi dia..
cuba untuk jadi teman terbaik..
tapi dia tak pernah hargai..
sekalipun tak..
mungkin dia tak pernah tahu aku wujud..
kalau kau kenal aku..
kau pasti tau betapa pilunya hati aku..

'lepaskan dia'
tapi..
'no!just let him go!!'
tapi...
'kenapa??kau tak mampu?'
sebab aku sayang dia..
ya..aku sayang dia...
so...what??
'he doesn't need u dila..'
tapi...
'kau kata dia tak pernah hargai kau..'
'mean dia tak sayang kau..'
'dan sesungguhnya dia memang tak perlukan sampah mcm kau..'
'so..tolong la biarkan dia pergi..'


*maaf...aku perlukan tempat untuk meluah..
untuk bercerita..
ini tempat aku..
kau..
andai kau baca coretan ini..
memang untuk kau..
kalau benci..
tolong tekan pangkah dihujung screen...
dan tolong jangan lawat blog ini lagi..
sekali lagi..
tolong mati dalam hidup aku..
tolong mati dgn kata2 manis kau..
"datang untuk berubah?"
huh!!!

Wednesday, September 18, 2013

hujan lagi..

Usai solat isyak..
Tak tahu kenapa..
Tanpa sedar..
Tangan mencabut cincin itu dijari..
Pedih..
Air mata kembali menitis..
Kenapa aku tak kuat..
Sambil merenung..
Terfikir..
Apa betul apa yg aku lakukan..
Biarlah..
Mungkin itu cara aku jauh dari dia..
Pada dia mungkin cincin tu tiada makna..
Tp bukan bagi aku..
Cincin itu jiwa aku..
Cincin itu hati aku..
Aku pasti ada sesuatu..
Entahlah..
Susah untuk ditafsirkan..
Apa petanda semua ini..

Ya allah..
Beri aku kekuatan untuk jauh darinya..
Beri aku kekuatan untuk melupakannya..
Tiada jalan untuk aku positif..
Bila yg diberi semua negatif..
Belum cukup aku bertanya..
Belum puas aku meluah..
Hanya itu alasan??
Mana jalan lain??
Atau mungkin aku dipermain..
Lagi?
Satu demi satu status dimuka buku ‘DIA’ berkait dgn kau..
Aku  penat..
Siapa pilihan kau??
Entahlah..
Aku nekad untuk diam..
Tp aku tak pernah punya kekuatan..
Aku nekad untuk berhenti mencari..
Jua tak pernah aku dapat kekuatan itu..
Jujur aku sentiasa perlukan kau..
Tapi kau?
Siapa aku..
Aku penat..
Biarlah..
Buat selagi kau mampu..
Kalau bukan aku..
Ada yg lagi berhak untuk membalas..
Cukuplah aku diam..
Menanti..
Hingga saat kau betul perlukan aku..

Terima kasih untuk derita ini..

Tuesday, September 17, 2013

si kecil itu..

tengah layan perasaan dalam bilik..tibe2 datang sikecil mengganggu...

huffaz : mak teh sedih te??

aku : *senyum...a'ah,mak teh sedih..

huffaz : tenape mak teh sedih?

aku : kawan mak teh 'mati'..

huffaz : ooo....*trademark dye*...adek amek syisyu *tisu* lap mak teh ea..

aku : *senyum..pandai budak ni..

huffaz : *lari kuar konon nk amek tisu sambil jerit...ayah..mak teh sedih!

aku : oke,kantoii....


walau sikecil ini belum memahami apa2,belum tahu apa itu kecewa,belum tahu apa itu rasa sakit ditinggal,tapi dia tahu aku tengah sedih..

kau!jawab lah...jgn buat aku tertanya.aku penat.berkali aku pesan.bila aku buat salah,betulkan aku..bukan tinggalkan aku..even kau nk tinggalkan aku,susah ke nk bgtau.kenapa mesti buat aku tertanya2..

bukan setahun dua kau kenal aku..tak kan sikit pon kau tak boleh hargai perasaan aku..

dila jatuh lagi...

hari ni..
bangun pagi..
kepala sakit yg amat..
mata bengkak jgn kata..
ya Allah..
kenapa lagi...
punca?
mungkin sbb tak tidur..
mungkin sbb banyak fikir..
mungkin sbb terlebih menangis..
segalanya mungkin..

aku kembali lemah..
kembali jatuh..
terduduk..
tersungkur..
lagi dan lagi..
perut mintak diisi..
langsung aku tak peduli..
kerja mintak diselesai..
langsung aku tak kisah..
gurauan mereka?
langsung aku tak peduli...

kenapa aku lagi?
bangun dila..
bukan baru sekali dia buat mcm ni..
sbb bkn baru sekali la aku jd mcm ni!!
aku mintak dia dtg bukan untuk tinggalkan aku!!!
kenapa aku??
apa dosa aku pada dia...
mana silap aku..
apa mungkin sbb aku tak mampu tunai keinginan dia..
tuhann..
tolang lahh..
aku bukan sempurna..
aku banyak kelemahan..
andai itu punca aku ditinggalkan..
kejam nya dunia...
sakit!!

mak ayah..
ni ke hukuman bila org tak dgr ckp mak ayah?
org cuma nk bahagia..
org cuma nk gembira..
anak mak punya alasan kenapa hanya dia..
kukuh!
mak..
maaf juga utk tadi..
tak mampu nak meluah..
cukup mak tahu..
cukup mak rasa..
sbb mak pernah nampak..
mak nampak jatuh bangun org depan mata..
mintak doa mak..
doa dari mak..
doakan org bangun semula..
org dah penat..
knp org je yg kena lalui..

Ya Allah...
ADILAH BINTI OTHMAN..
bangun..
tarik nafas..
sedar..
yg dia dah tak perlukan kau lagi..
yg dia tak kan cari kau lagi..
yg dia dah buang kau sekali lagi..
yg dia dah buat kau kecewa lagi..
yg dia dah ada masa depan sendiri..
bangun!
bina masa depan..
untuk diri sendiri..
berhenti berharap pd benda yg tak pasti..

mengharap sinar utk hari esok..
moga kejayaan milik aku..=)

Monday, September 16, 2013

kata mereka..

ada yg kata..
bencilah!!
kerana dgn membenci mampu menutup rasa sayang..
tapi itu mereka..
ternyata bukan saya..
kerana saya tidak pernah berjaya untuk membenci kamu..
kerana kamu terlalu isstimewa..
dan sesungguhnya saya telah mencuba..
untuk melupa kamu sedaya upaya..
tetapi saya tidak pernah berjaya..
kerana saya sayang bukan untuk membenci akhirnya...
maafkan saya..
saya tidak pernah dan tak akan berjaya..
untuk melupakan kamu..

*deritaa...

word of the day : MAAF??

2 hari yg membosankann..maka berlakulah satu dialog bersama manusia yg satu masa dulu pernah meminjamkan bahu,mata,telinga dan sebagainya...*pertengahan dialog sahaja..

Dia : aku boleh.kenapa kau tak?ape susah sgt nak maafkan org?maafkan la...for sure hati kau akan jadi tenang.percaya la cakap aku..

Aku : apa yg jadi kt kau mungkin tak sama dgn apa yg jd kt aku.pernah jadi kt aku..org tu buat salah,lps tu mintak maaf.lps tu buat lagi..aku maafkan lagi..lps tu lagi,lagi dan lagi...aku tetap maafkan..n skrg buat lagi...aku bengang dan jadi bengong..ape sume tu?nk maafkan lagi??ok la..boleh.aku maafkan.tp ikhlas ke tak..entahlah...

Dia : betul...mmg susah nak maafkan...tapi kau pun kena ingat.dalam kita tak sedar mungkin kita sendiri ada buat salah dgn org..mcm mana kita nak org tu maafkan kita,mcm tu jgk la org tu pd kau..mmg kita perlukan masa untuk maafkan org..bukan semudah tu kita nk lupa apa yg dia pernah buat,..biasanya dalam hal mcm ni,kita xboleh paksa hati untuk maafkan..kalau paksa tapi tak ikhlas,baik jgn..ambik masa untuk fikir dulu..

Aku : entah la...tp mcm mana kalo org tu sendiri pon xpernah ikhlas utk mintak maaf..sakadar satu ucapan..sekadar satu perkataan.tp tak pernah nak maknakan apa tu maaf..dia buat mcm bila ucap 'maaf' tu segala benda settle.aku tak suka perangai yg mcm ni..pada aku,'maaf' tu boleh...tp aku nk convince baalik dgn org tu.apa sebab semua tu jadi..selagi aku xdapat tau semua tu,selagi tu la semua benda tergantung..on that time,ye..aku boleh ok..tp dua tiga hari lagi,sure aku buat perangai balik..

Dia : then?make a conversation with him..aku tau nak dapat keikhlasan org tu payah..kalau kau pernah buat silap dgn org,then org tu maafkan..knp kau xboleh buat mcm apa dia dh buat..atau mcm ni la,cuba maafkan org seikhlas hati kau..what u give, you will get back..percaya la,kalau kau dah ikhlas maafkan org,satu hari nanti akan ada yg ikhlas maafkan kau bila kau buat silap..kita ni manusia..jgn anggap yg kita sentiasa betul dan tak pernah buat silap..

Aku : kalau setakat langgar bahu,pijak kasut..boleh ja maafkan dan lupakan..tp dalam hidup ni bukan semudah langgar bahu je..kalau dia mmg dah dajalkan aku or mmg dah tinggalkan titik hitam dalam hidup aku mcm mana pulak?dan kalau niat dia mmg nak tengok aku jatuh tersungkur,terduduk sbb perbuatan dia...semudah tu ke aku nak maafkan?

Dia : apa2 pun,balik pada hati..back to basic..sebelum jd sume ni,kau rase kusut tak hidup kau?apa beza dulu dgn skrg?aku percaya dulu lg tenang dari skrg..betul?jadi,kau tak rase rindu ke nk dpt ketenangan yg dulu??kau seronok hidup dlm dendam skrg??mcm ni la..biar Allah balas semua dosa salah silap dia..jgn kau pulak balas dgn benda yg sama..kalau tak,apa beza kau dgn dia???

Aku : hmmmm....aku cuba..

runsing..

aku tak tahu apa yg aku mahukan..
terkadang kepala sakit memikir..
dimana kesudahan..
dimana penghujung..
siapa aku..
dimana aku..
kenapa aku..
persoalan yg tak pernah lari..
derita yg tak pernah pergi..

dalam doa..
aku berharap..
kau tak kan kembali lagi..
tapi aku tak pernah kuat..
aku lemah saat kau hadir..
hadir kembali menagih kasih..
untuk apa?
hanya kau punya jawapan..

Sunday, September 15, 2013

home alone...

aku penat..
aku sunyi..
aku tertanya-tanya..
kenapa aku..
kenapa aku sering jadi mainan kau..
sampai saat ini..
sampai mati mungkin..
aku tak kan pernah dapat jawapan kpd persoalan ini..

sedetik selepas kau datang..
aku harap perubahan kau..
satu harapan aku..
tak kan wujud walau setitis air mata aku kerana kau..
tapi kini..
segala itu kembali..
hari demi hari..
kau wujudkan tangisan..
kau ukirkan keperitan..
mana perubahan kau..
mana janji kau..
mana kata-kata kau..
'aku dtg nk betulkan salah aku'
itu dusta!!

hingga saat ini..
aku tahu..
kau masih belum mampu berfikir..
kau masih belum mampu memilih..
kau hadir hanya untuk pergunakan aku..
sampai bila!!!
aku penat..
siapa aku..
aku bukan patung..

aku punya 1001 kelemahan..
aku tak mampu beri apa kau mahu..
aku tak mampu tunai apa kau pinta..
apa mungkin ini balasan untuk aku..
apa dosa aku..
apa silap aku pada kau..
kenapa aku sering jd bahan mainan kau..
aku dicari saat kau perlu..
aku dibuang semahu kau..

bukan sesaat aku kenal kau..
aku sedar..
aku tahu..
perubahan kau bersebab..
datang kau kepada aku mungkin bersebab..
sunyi,sepi,bosan..
itulah aku pada kau..
pergi kau juga bersebab..
mungkin dia yg kau tunggu dah kembali..
aku?
kembali dijadikan sampah kau..

apa mungkin tiada satu pun pengorbanan aku yg kau hargai..
hingga sering aku diperlakukan begini..
sakit aku..
perit aku..
derita aku..
kecewa aku..
tak pernah sekali kau ambil tahu..
aku serik..

tolong la..
andai niat kau hanya untuk pergunakan aku..
cukup!
berhenti setakat itu..
jauhi aku..
tinggalkan aku..
pergi kejar bahagia kau..
walau tak pernah sekali aku mendoakan kebahagiaan kau..
dia..
dia memang untuk kau..
dia memang impian kau..
dia yg tak pernah kau lupa..
aku?
aku hanya ada bila kau hilang dia..
aku hanya peneman ketika dia bukan untuk kau..
kau?
kau penakut..
itu kau,..
kenapa?
sebab kau belum berani memilih..
sebab kau belum berani pertahan hak kau..
yg kau tahu..
hanya menyakitkan kami..
aku atau dia..
pergilah engkau untuk dia..
aku penat jadi bahan mainan kau..
cukup sampai sini..
hidup aku bukan untuk dikecewakan..

jujur aku belum pernah sayang org seperti mana aku sayang kau..
tapi kau!!
hingga saat ini kau masih buta..
cukup lah sampai saat ini..
aku dah serik..
aku serik dipermainkan..
dan kau..
satu2nya lelaki yg sering menyakiti aku..
yg sering buat aku menangis..
yg sering buat aku terfikir..
siapa aku..
aku motif kau kembali..
dan jawapannya aku tak pernah dapat..

walau begitu..
perkara yg kau buat aku tersenyum ketika bersama..
masih kekal hingga saat ini..


*pergi..jangan pernah untuk kembali..

Friday, September 6, 2013

getir

Bismillah..
Dah lama blog ni tak dilawat..
Dah berhabuk pun..
Merajuk mungkin..
Hmm..
Lupakah aku pada sesuatu yg setia..
Yg setia sentiasa mendengar luahan..
Pahit manis senyum tangis..
Segala terukir..segala terluah disini..
Kusut , sakit, derita , kecewa..
Segala kembali menyatu setelah sekian lama senyuman terukir sentiasa..
Kerja , peribadi , keluarga..
1001 kesimpulan permasalahan..
Bila mampu dirungkai..
Entahlah..
Tuhan…kenapa masalah tak pernah lari dari aku…
Maafkan aku seandainya tanpa disedari aku lupa nikmat..
Terkadang diri hilang pertimbangan..
Pada siapa harus aku luah segala rasa..
Dengan siapa harus aku rungkai segala kesulitan..

Apa yg aku lalui kini…
Kesedihan mengatasi kegembiraan..
Cerita derita menutupi cerita ketawa..
Ya Allah..
Arah mana lagi harus aku pergi untuk lari dari derita ini..
Kemana lagi harus aku tuju untuk simpan segala duka ini..

Ayah...
Dari cerita mak,ayah tak seperti dulu..
Ayah semakin lemah..
Hari2 nya hanya dirumah..
Tiada lagi kesawah seperti selalu..
‘nyawa’ nya itu terabai begitu..
Hari2 nya wujud tangisan dalam diam..
Allah...
Tolong bagi ayah kekuatan..
Sihatkan tubuh badannya..
Pulangkan kesihatannya..
Biar pun mustahil untuk segagah dulu..
Cukuplah dgn secebis kekuatan..
Harapanku hanya satu Ya Allah...
Aku inginkan dia sebagai waliku..
Beri dia kesempatan..
Untuk aku dilepaskan sebagai seorang anak perempuan..
Bukan sebagai seorang adik perempuan..

Dia..
Apa tujuan dia..
Datang dan pergi semahu dia..
Argghhhh!!
Cukup..
Lagi aku fikir,lagi aku ingt..
Nite..