Sunday, January 6, 2013

tAnGisaN itu...

semalam....aku menghabiskan masa selama 3jam utk menangis..lame kn??haaaa...and harini padah utk aku..mate jadi kabur sgt2..nk tgok something aku kena betul2 fokus!!menyesal woo...n try wt search kesan terlalu lama menangis dan apa punca2 wanita menangis..

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan...


1. Punca wanita menangis.

  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana perhubungan tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Kadang2 wanita punya 1001 sebab mengapa mereka menangis..T_T
#ape yg penting,jgn jadi mcm aku!!!

Friday, January 4, 2013

"TEMAN".....

Di awal kalam...
Maaf jua ku pinta..
Entah mengapa..
Tergerak rasa hati..
Untuk mencoret keresahan ini...
Mungkin atas dasar terkilan..
Atau sekadar mengikut rentak jemari..

Maafkan aku..
Lewat semusim telah berlalu..
Hatiku sering di pukul rindu..
Rindu melihat raut wajahmu..
Rindu mendengar gelak tawamu..
Terkadang nakalmu mengusikku..
Hingga terbit senyum malu..

Maafkan aku..
Di hati ku kau adalah TEMAN..
Hanya itukan alasan..
Lantas menghukum sebuah perpisahan..

Maafkan aku..
Aku bukan pesalah untuk diadili..
Kerana aku sendiri merasakan..
Aku sendiri menyaksikan..
Betapa perit kala dilupakan..
Betapa sakit kala tidak di endahkan..

Maafkan aku...
Atau tidak sudikah berTEMAn denganku lagi...