Tuesday, March 5, 2013

dendam dyla...

                      

   Aku masih disudut ini, kali ini aku tidak memerhati, tidak berdaya lagi untuk berdiri, terduduk longlai memeluk diri, mengharap mati menjemput pergi...Apa lagi salah aku? Salah kerana memilih menjadi diri sendiri? Aku tak pernah minta diciptakan begini, aku tak pernah minta dikenali, jauh sekali diminati, aku hanya mahu jadi aku, ya!...aku yang telah kau buang itu. Dan disini..Aku masih berdendam..
               
   Bukan aku tak pernah cuba. Banyak kali cuba tapi ternyata aku gagal. Gagal dalam memberi sebuah kemaafan,gagal memaafkan dan masih berdendam. Ingin aku menjerit.. “Sedang kan nabi maafkan umat ni kan pula kau..”  Suara seorang sahabat..
               
   Aku takut untuk beri kemaafan kerana perbuatan itu melukakan. Aku takut jika aku dengan mudah pasrah menyebut kata maaf sedangkan hati aku akan sewenangnya di jadikan mainan .. “xpe..dah berapa kali aku sakitkan dia dan dia tetap maafkan aku..” Aku takut dgn monolog itu yg mungkin sentiasa bermain dalam hati dia!
              
    Aku bukan nabi!! Kau jangan lupa itu semua. Aku tidak punya kemulian sorang nabi walau aku umatnya dan berusaha keras untuk berperibadi seperti baginda. Sekarang antara berusaha menjadi baik dan sedia ada baik adalah  dua benda yang punya banyak beza. Betul kan?
               
    Bila aku fikir… Aku letih..Aku letih berdendam kerana dendam itu memenatkan. Tak percaya? Cuba la kau berdendam dengan sapa-sapa. Aku nak tengok kau bersenang lenang dengan dendam tu.. Dendam itu sakit. Menyakitkan. Hati kau yang sudah hancur lumat tinggalkan bekas yang tidak akan hilang walaupun kau buang hati kau. Pasti!!
               
    Jadi aku fikir.. Dan terus berfikir. Boleh ke aku cuba belajar untuk memaafkan. Belajar maksudnya aku perlukan masa untuk latih diri memberi sebuah kemaafan. Mungkin maaf boleh di beri bila tamat proses pembelajaran aku nanti tapi mampu ke aku melupakan dendam selepas kemaafan aku bagi? Ikhlas ke aku bagi kemaafan tapi sebenarnya aku tidak pernah memaksudkan?
               
     Sudahnya aku belajar maafkan diri aku dulu sebelum aku maafkan orang.itu penyelesaian yang tepat dapat aku fikirkan…

Coretan dendam 3.26 pm..

No comments:

Post a Comment