Thursday, March 28, 2013

sayang tapi BENCI...


                  


Aku sayang kau, kerana sebab yang aku sendiri tak tahu..

Aku sayang kau, mungkin kerana hati ni buta dalam menilai lagi.

Aku sayang kau, mungkin kerana pandangan pertama yang selalu nya menipu.

Aku sayang kau, mungkin kerana ego. Ego untuk memiliki..

Aku sayang kau, mungkin kerana..aku betul-betul minat, suka, sayang, cinta pada kau..

Tapi..

Aku benci kau, bila kau anggap aku ni hanya bahan "pelega" bila kau terasa sunyi.

Aku benci kau, bila sanggup berbohong pada diri sendiri, takut berkata "ya" pada benda yang tak pasti. kalau macam tuh, sampai bila-bila pon kita tak kan move on, tak kan maju, tak kan berani belajar makna hidup.

Aku benci kau, sebab selalu berselindung di sebalik ego yang meninggi.

Aku benci kau, sebab selalu buat aku rasa serba tak kena. sebab selalu buat aku rasa tak berharga, sebab selalu buat aku rasa tak suka.

Sekarang..

Aku terima seadanya keadaan yang berlaku. kalau betul kita tak mungkin bersama, moga Allah bagi aku petunjuk. Moga Allah memudahkan aku melupakan kau. Moga Allah bukak kan ati aku terima orang yang selayak nya. Moga Allah menyenangkan segala urusan dan keinginan kau.

Sayang tak semestinya memiliki. biarlah masa jadi ubat nya. Kalau 1 hari nanti, kau terasa ada lagi space untuk aku duduk dalam hati kau. khabar-khabarkan lah berita gembira tu. Dengan harapan aku juga masih belum menjadi hak siapa-siapa..

Jangan keliru dengan kehendak hati. Jangan tertipu dengan ego yang meninggi. Jangan dikenang pada yang tak sudi. Jangan dinanti pada yang dah pergi.

 Dear mak, sila shortlisted kan calon-calon menantu terakhir anda. anakmu sudah penat..terlalu penat...:')

No comments:

Post a Comment