Friday, March 29, 2013

bebelan si kusut..


               






Assalamualaikum

Actually selepas insiden yang berlaku tiga bulan lepas..
sampai sekarang benda ni masih mengganggu aku..
Memang susah sangat nak lupa..
Benda tu akan selalu datang mengacau emosi aku..
Tak kira siang malam, Kadang sampai termimpi mimpi...

Emosi yang datang selalunya marah, geram dan berakhir dengan tangisan aku..
Aku memang tak suka disakiti...
Sakit badan ada ubatnya..
tapi kalau hati aku yang sakit..
kenapa susah sangat aku nak lupa...

Aku memang  tak boleh nak tipu diri sendiri..
Kadang aku cuba lari dari fikirkan pasal benda yang menyakitkan hati aku dengan mendekatkan diri aku pada tuhan..
Tapi selalu tak bertahan lama..
Mungkin aku tak ikhlas..
tak ikhlas dengan tuhan dan diri sendiri..
Dalam kata lain, aku sukar memaafkan...
Kalau luaran aku nampak macam tak bermasalah dengan perkara tu...
Tapi dalaman sebenarnya aku sangat sakit..

Takde siapa suka nak ungkit benda lepas..
Tapi kalau benda tu asyik mengganggu kita..
Aku memang tak boleh terima kalau aku disakiti tanpa sebab..
selalu aku akan tanya, kenapa kenapa dan kenapa..
Tapi aku tak pernah dapat jawapan..
Aku pun manusia biasa..
Ada hati dan perasaan benci, marah..
Aku pun bukan maksum macam nabi..
Aku tak boleh nak tipu diri sendiri..

Ada sesetengah perkara makan masa bertahun..
Tapi aku rasa macam baru semalam benda tu terjadi pada aku..
Setiap perbuatan, perkataan yang menyakitkan aku..
Biasanya aku akan ingat..
Benda tu macam tayangan gambar bergerak dalam kotak fikiran aku..
Memang sukar bagi aku nak lupakan..
Sebab aku memang seorang yang sangat beremosi..

Bila aku gembira aku rasa aku adalah orang yang paling gembira sekali kat dunia ni..
Tapi bila emosi aku terganggu...
Memang benda lama ni akan makan balik diri aku...
Dan aku akan ingat dan ingat dan ingat dan ingat dan ingat sampai bila bila!
Itu janji aku..
Masa tu hanya aku yang boleh tenangkan diri aku sendiri

Orang selalu cakap kalau kita mudah memaafkan, hati kita dan hidup kita akan lebih tenang..
Tapi bagi aku diri aku sendiri, cukup susah aku nak lupakan..
cukup susah aku nak maafkan siapa yang dah menyakitkan hati aku..
aku pun tak tahu kenapa...
tapi memang susah!

Aku dah penat..
Sangat-sangat penat dengan derita ini...
Penat dengan ketawa yang di buat-buat...
Penat dengan gembira yang palsu...


p/s; entri ni ditulis semasa emosi sangat sangat kacau,harap maklum! 2.37pm...:'(

No comments:

Post a Comment