Sunday, April 14, 2013

LEPASKAN~~





Pernah orang tanya, apa yang ex aku buat kat aku sampai aku susah sangat nak lupakan dia. Sampai aku tolak semua orang yang pernah untuk cuba dekat dengan  aku.. Aku sendiri tak ahu apa yang aku nak jawab bila orang ajukan soalan ni dekat aku. Aku serba salah sebab aku sendiri tiada jawapannya masa itu. Jurang pemisah antara aku dengan dia makin ketara bila ada orang ketiga datang.. Perlu kah aku menagih kasih orang yang dah curang dengan aku? Sejak aku dipermainkan, bagi aku, semua lelaki adalah sama..

Adakah aku layak untuk terima semua ini?. Aku tahu kejujuran tu  baik bagi diri kita berdua, tapi kejujuran yang kau bersama yang lain sedangkan kau masih lagi bersama aku? Adakah itu kejujuran yang sepatutnya aku dengar selama ini? Sia-sia saja aku percayakan kepercayaan yang kau berikan kepadaku selama ini!! Maaf, aku bukan perempuan  yang mudah kau permainkan hati dan perasaan!!

Maaf kerana aku tak pandai curang seperti mana kau curang kepadaku kerana hati aku cuma ingin satu.. Bila aku temui cinta dan sayang aku tak akan ada yang kedua atau selain dari kau, tapi tergamak kau permainkan dan persendakan hubungan yang  dibina selama ini?

Maaf, jika aku bukan terbaik bagi kau. Aku rela lepaskan kau kepadanya, aku lebih rela kau bahagia bersamanya walaupun hati aku sakit semua ini terjadi. Yang penting adalah kebahagiaan kau dan bukan aku, aku hanya seperti barang kau saja, bila kau perlu, kau cari dan bila kau tidak memerlukannya lagi, kau buang seperti sampah!.

Janji yang dulu kau taburkan masih lagi kugenggam erat agar ia kekal hingga ke jinjang pelamin bersamaku, tapi apa yang aku dapat dari janji kau?, adalah kesakitan!. Hati dan perasaanku hanya untuk yang benar-benar menyintai diri ini seadanya.

No comments:

Post a Comment