Wednesday, April 17, 2013

KISAH KITA



Setiap kali melihat gabungan-gabungan gambar itu , hati aku terdetik pilu..segala kisah silam kembali
mencengkam..
entah bagaimana mahu dibuang jauh segala kenangan pahit yang menghimpit hati dan sanubari..
entah bagaimana mahu melihat suci, dalam palitan sejarah hitam semalam..
bukan mahu mengenang..bukan niat mahu hidup dalam kesedihan..
bukan juga mahu membiarkan diri terus terusan dalam ratapan..
dibelenggu kisah silam..aku,kau dan dia..juga aku dia dan mereka..
kisah kita..
sayu hati ini tatkala wajah-wajah itu kembali..
pilu tatkala wajah itu menerpa..
entah dimana lagi mahu di sembunyi..
duhai hati...tenanglah...

Saat ini...
yang tinggal hanyalah luka bernanah...
dulu dan kini..kau tetap yang sama..
sentiasa mahu berlalu dan kau tetap pilih jalan itu..
cukuplah...
jangan diulang kisah perpisahan itu lagi..
bagiku..terlalu sakit...terlalu pedih...

Kau..
mungkin kau masih belum mampu melihat...
mungkin kau masih belum dapat merasai..
mungkin kau rasa masih beum cukup...
dengan apa yang telah aku lakukan..
dengan apa yang telah aku korbankan..
yang kau jiwai hanya 'dia' yang sebelumku...
yang kau selami hanya 'dia' yang selepasku..
duka aku,hanya dalam kisah aku..
tiada dalam lipatan kisah diri kau..
luka aku,perjuangan aku..
perjuangan untuk kembali bangun..

Aku..
aku tidak pernah memaksa untuk kau memilih..
dan aku tidak pernah menidakkan yang benar..
tapi janji yang kau tabur..
janji yang kau semai..
aku genggam dalam setiap hembusan nafas aku..
airmata semakin kering..
hati semakin hiba..
senyum bagai dirobek..
semuanya kerana kamu..

Dan aku..
aku masih berdiri kerana masih mahu berjuang..
hanya bakal berhenti bila jiwa ini mati..
dan itu hanya akan berlaku saat jasad terpisah dari jiwa..

#capital H


No comments:

Post a Comment