Wednesday, July 3, 2013

harapan..



Ya Allah Ya Tuhanku,
Akan tiba saatnya di mana aku akan teramat rindukan dia..
Di mana aku sangat menginginkan dia, sangat mengharapkan dia..

Akan tiba saatnya di mana aku akan mencemburui dia, saat di mana aku tidak sanggup melihat orang lain berada di sampingnya..

Akan tiba juga saatnya air mata ini akan menitis kerana teramat merindukan kenangan bersamanya..
Dan akan tiba juga saat di mana dia akan mula mencintai orang lain..

Dan bila saat itu tiba, aku terlalu memohon, sungguh-sungguh memohon kepadaMu Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk menghadapi saat-saat itu, utk aku meneruskan hidup tanpa dia di sisi..

Kurniakan aku kekuatan Ya Allah, utk merelakan dia bahagia walaupun bukan dgn aku.
Kerana hati ini terlalu rapuh dan lemah, ia masih menyintai di saat orang membenci,
 ia masih merindui di saat orang melupakan..
dan ia tidak mampu memadam setiap memori di saat orang kian menjauhi .

Aku merayu padaMu, kurniakan aku secebis kesabaran dan ketabahan.
Sebelum mata tertutup, sebelum hati berhenti menyintai.

Kerana selama-lamanya, hanya dia di hati..

No comments:

Post a Comment