Sunday, February 24, 2013

BISIK HATI...





Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanpa aku sedari hidup aku umpama angin lalu, betapa asyik tatkala udaranya meniup dan berlalu, bila terhenti bahang panas kembali dan hati sentiasa mengharap udara yang nyaman itu kembali..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa sangat tenang. Suka, tawa, girang dan riang. Kehidupan yang sederhana tanpa ada secoret arang serta duri yang cuba menjadi penghalang. Mungkin aku telah berjaya membuang segala duka yang pernah membuat hati ini terluka. Tanpa sebarang cinta yang selalu membuat jiwa aku merana, aku tukar segala perkara, hidup aku sekarang sentiasa bahagia bersama sahabat-sahabat yang lebih menghulurkan rasa sayang dan cinta tanpa sebarang ragu dan syak wasangka...Itulah sebaik-baik peneman..

Aku rasa ruang di hati ini tertutup buat seketika, memberi masa untuk ia bersih semula, agar di lain ketika, ia lebih bersedia untuk memberi dan menerima segala cinta yang penuh dengan suka juga sarat dengan luka dan sengsara serta derita. Aku percaya, aku hanya perlu menanti saatnya untuk hati ini menerima keunggulan cinta yang bebas dari air mata luka, sengsara dan kecewa kerana dalam hati ini masih ada cinta yang perlu dikongsi buat si dia yang memerlukannya…..

Keluarga,sahabat dan teman… Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dalam meneruskan kehidupan… Anda sememangnya sumber kekuatan aku selama ini…

"Jika kita jatuh hari ini,bangunlah..
Jangan pernah dikesalkan..
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok..
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya..
In Shaa Allah.."


Coretan 4.55 am...salam sayang..



No comments:

Post a Comment