Sunday, June 16, 2013

DERITA AYAH..


Tak mampu untuk aku tahan lagi..saat melihat dada ayah berombak kencang..aku tahu dia terseksa..aku tahu dia sakit menanggung..tatkala dia keluar dr kereta, terduduk sendiri.mungkin tidak mampu berdiri tanpa pautan..huluran anak2 di biarkan.mungkin terasa menyusahkan..walau kami tak pernah terdetik begitu..aku berlari..menjauh..tak mahu air mata ini dikesan..lebih2 lg dihadapan ayah..kami kena kuat..untuk ayah..
               
  Ayah terbaring diruang itu..aku menonton..tp bukan tv yg jd perhatian aku..dalam diam aku perhati ayah..leka aku lihat tubuh kurus itu..dadanya tetap berombak..tangannya menggigil tidak seperti selalu..airmata tumpah lagi..Ya Allah..kuatkan aku..aku seka air jernih itu..aku tahu ayah perasan..aku tahu ayah juga menangis..kain itu bukti nya..aku tak tahu punca ayah menangis..mungkin sudah terlalu penat menahan sakit..
             
   Usai asar, ayah minta dibuatkan kopi..aku turuti kehendaknya..bancuhan itu aku iringi dengan airmata..Ya Allah, jgn la Kau jadikan ini bakti terakhir aku untuk ayah.belum puas aku membalas jasanya yg mungkin belum mampu aku balas itu..pelik..pelik permintaannya hari ini..cukup aku simpan sendiri.tidak mahu terlalu negatif..
              
  Air itu aku bawa kepadanya..aku menjauh.menangis lagi..Ya Allah..kenapa aku xkuat seperti mak??aku perhati, berkali kali ayah cuba mengangkat cawan itu..tp ayah gagal..tangannya terlalu menggigil.kata mak,itu kesan suntikan..air yg penuh itu tinggal separuh..hati mendesak utk tolong..tp aku tak mahu ayah tengok airmata ini..aku tak mampu kuat..ini kali pertama aku tengok ayah menderita sebegini.. terkesima!!akhirnya aku lihat ayah meniarap untuk minum..Allahu akbar..mana kekuatan aku sebagai anak untuk menolong..ampunkan aku Ya Rabb..
                
Aku tahu sakit yang ayah tanggung ini sudah berhari2..pucat mukanya bukti ayah mmg menderita..tp ayah ego..di ajak ke hospital tp menolak..subuh 16 jun..mungkin sudah tidak berdaya menanggung..aku mengaku sudah tak tahan menanggung..terus di bawa ke hospital..andai keputusan hospital untuk ayah ditahan, aku akur..tp jauh disudut hati,aku mohon ayah boleh dibawa pulang..Alhamdulillah..ayah di bawa pulang…
                
Allah…andai mampu di kongsi sakit itu, ingin sekali aku menanggungnya..tak sanggup melihat tubuh kurus itu terus menderita..tp apakan daya..kuasa bukan ditangan aku..Ya Allah..kembalikan kesihatan ayah seperti sediakala..panjangkan usianya..rahmatilah kehidupannya..hanya doa yg mampu aku iringi untuknya..tidak sekali aku akan meminta ambil nyawa ayah andai itu yg terbaik..tidak!!aku masih perlukan ayah..aku mahu ayah jadi wali aku..ayah..bertahanlah..untuk kami…kami sayang ayah..


*sahabat..aku mencari teman untuk bicara.untuk kongsi  duka..aku cari dia,untuk bercerita…tp aku tak dapat apa2..dia dingin.mungkin aku mengganggu hidupnya..maafkan aku kerana memerlukan kau..maafkan aku kerana mengganggu bahagia kau..janji aku,itu pesanan terakhir aku..

No comments:

Post a Comment