Tuesday, May 20, 2014

MAAF dan MASA..

kadang-kadang kita perlu mengakui kesilapan diri sendiri..

kadang-kadang kita perlu memaafkan walaupun hakikatnya susah sangat untuk ditelan..

kadang-kadang kita sendiri tertanya kenapa kita yg perlu lalui semua ini..

dan kadang-kadang kita perlu menyendiri untuk cari dan jahit kelemahan diri sendiri..


sedar tak kita bahawa dalam hidup ni Allah bagi kita satu perkara besar iaitu PILIHAN..untuk manusia itu sendiri pilih mana baik dan mana buruk.semua tu pada tangan kita sendiri nak bergerak kearah mana.dan dalam setiap arah yg kita ambil tu,pasti akan ada baik atau buruknya..

betul cakap orang,memang kita boleh senyum ceria.tapi dalam hati kita?hanya kita dan Dia yg tahu..bila dah terlalu lama senyum ketawa tanpa masalah,diri ni rasa akur bila sesekali masalah datang,hidup rasa mcm hilang punca..LETIH!!minda ini,emosi ini terasa sangat 'letih'..dulu..saat diri 'letih' sebegini,masih ada teman hulur bahu..beri telinga..tapi kini tak lagi..'letih' ini sehingga membawa kpd tidur berteman airmata..masalah melekat di minda..

ujian yg datang tu selalunya tanpa kita sedar..pesan untuk diri sendiri,matanglah dalam setiap apa yg berlaku..ke'letih'an kali ini memang betul2 buat aku tertunduk..mungkinkan segala yg berlaku satu tika dulu akan aku lalui sekali lagi?ingat lagi gurauan seorang rakan.."gadoh je time bertunang,baru la dah boleh handle bila kawen nanti.."hmm...itu mungkin bukan cara aku.dan kalau boleh,sekali pun taknak bergaduh..tapi siapa aku nak tolak ketentuan..tuhan izinkan kita untuk disakiti sbb tuhan nak satu hari nanti kita boleh ubat luka orang..


"untuk awak..
maafkan saya sebab buat kesabaran awak teruji dgn sikap saya..
maafkan saya sebab buat awak terasa hati..
mungkin awak nak uji saya..
atau mungkin juga saya nak uji awak..
tapi sebetulnya..
kita sedang diuji..
saya sedar masih banyak yg perlu diperbaiki..
semangat saya hilang..
kekuatan saya lari..
sebab awak..
awak semangat saya..
awak kekutan saya..
maaf.."



No comments:

Post a Comment