Friday, August 8, 2014

Semalam...

Aku paling tak suka bila ada masalah,ada yg xpuas hati.semua main simpan dlm hati.hoi!aku ni bukan manusia yg pandai baca hati org.dan aku jugak bukan manusia yg boleh sedar silap aku sendiri!bila aku tanya,itu tanda aku mintak jawapan.

Dan aku sendiri.aku bukan jenis manusia yg boleh simpan apa yg aku rasa lama2.mungkin aku boleh simpan.tp utk jangka masa panjang?maaf..itu bukan aku.paling lama aku boleh simpan 4,5 jam.lepas tu,bila aku rasa sampai masa utk aku lepas.ya!hasilnya?gaduh.

Aku tak paham.kenapa sampai saat ni.sampai saat kita dalam satu hubungan.mesti ada lagi semua ni!!kenapa kau buat?bukan kali pertama.kenapa?sebab kau tak pernah rasa apa aku rasa?sebab aku tak pernah buat.sebab aku tak pernah rasa nk khianat kepercayaan kau.atau sebab..kau bangga.kau bangga ada perempuan keliling kau.kau bangga gelak ketawa dengan mereka.kau lupa kau ada aku?atau kau lupa yang aku manusia ada perasaan..

Bila aku rasa hati aku tak seenak selalu..aku tau,ada sesuatu..

Bila mata tertangkap.makin rapat.makin dekat.ahhh..sakit!

Aku tak pernah kata..aku tak suka kau dengan mereka.sumpah!tak pernah..aku tak pernah halang.itu dunia kau.itu kawan2 kau.kau lebih dengan mereka dari aku sendiri.aku tak kisah!pergilah.tapi yang aku kecewa,bila..senyum kau lebih ikhlas bila dengan mereka.tawa kau lebih riang bila dengan mereka.gurau kau tiada batas bila dengan mereka.semua itu...ya!jelas pada raut wajah kau..

Aku?cukup aku ada bila kau rasa perlu.bila kau rasa mahu..untuk aku.cukup kau tayang senyum plastik.cukup kau keluar nada terpaksa.cukup kau bicara sekadar menjaga.hati aku yg cuma satu.sebab..itu memang selayaknya yg patut aku terima.dan sebab.aku bukan pilihan pertama.

Aku tertanya..kenapa?kenapa bila dgn aku.semua jadi tak kena.aku tak mintak layanan macam puteri.aku tak mintak itu ini.aku cuma mahu rasa.rasa istimewa bila dengan kau.mahu lihat senyum ikhlas kau.mahu dengar gelak tawa kau.mahu rasa nikmat bahagia,nikmat sayang bila aku cuma dengan kau.atau..aku memang tak layak merasa segala.walau aku tunang kau?

Maafkan aku..kadang2 aku rasa,aku tak ubah macam pesalah yg akan diadili tiap kali aku dengan kau..tolong jawab aku.sampai bila?

Dan akhir sekali.terima kasih utk rasa ini..

No comments:

Post a Comment