Wednesday, April 9, 2014

warkah untuk future hubby..=)

untuk bakal suami a.k.a bakal laki...

jangan risau dan ragu dengan cinta dan kesetiaan yg bakal saya berikan kerana saat terlafaznya "aku terima nikah Adilah binti Othman" hati,jiwa dan raga saya sepenuhnya untuk awak..saya akan menyayangi dan mencintai awak sepenuh hati kerana saya percaya saya telah diamanahkan kepada awak untuk membimbing dan memperbetulkan segala kekurangan saya..saya sebagai bakal suri dalam hidup awak akan menerima segala buruk baik awak kerana saya sedar,dengan kekurangan yg ada pada diri saya juga akan menjadikan kita saling melengkapi..

sayang...
dengan izin Dia,kita bakal disatukan satu hari nanti..hadirnya saya dlm hidup awak sebagai peneman saat suka atau duka..saya tak pernah menganggap diri saya sebagai yg terbaik dan sempurna untuk awak..kerana saya yakin..Allah itu adil..cuma yg saya harap,bila kita hidup sebumbung nanti,saya dapat memahami awak sebagaimana saya ditakdirkan utk awak..

awak..
saya masih punya kedua ibubapa..dan saya juga masih ada tanggungjawab sendiri selain dr tanggungjawab sebagai suri awak..andai kita disatukan,janganlah awak sekat saya untuk berjumpa kedua ibubapa dan adik beradik saya..kerana kpd merekalah saya menadah kasih sayang sebelum awak mengangkat saya sebagai suri..dan awak juga..janganlah terlalu mudah melupakan kedua ibubapa awak dan keluarga awak kerana sesungguhnya restu merekalah tiang utama kasih sayang dan kebahagiaan kita..

abang..
mungkin awak ada pilihan lain selain dari saya yg lebih sempurna kerana saya tau,ramai lagi yg menagih cinta awak selain saya..tapi saya yakin dengan takdir dan kuasa Allah yg menyatukan kita sebagaimana nabi Yusuf..walau dia digilai ramai wanita..dia tetap untuk Zulaikha..bukan kemewahan melimpah ruah yg saya harapkan..memadailah sekadar cinta ketulusan dan kesetiaan awak sebagaimana yg pernah awak janji satu masa dulu..

sesungguhnya...saya adalah tulang rusuk awak yang bengkok..hanya satu pinta saya...luruskan saya dengan kuasa dan kasih sayang awak..

yg menanti...
bakal zaujah..

No comments:

Post a Comment